Pagi ini aku bangun tidur dan bersiap ke tempat kerja dengan penuh santai sekali. Siap berlenggang kangkung ke sana ke mari. Biasa tu aku berdezuppp ke sana berdezuppp ke sini macam lipas kudung! Semuanya gara-gara gelabah nak siap cepat.
Jam baru awal 6 pagi. Aku masakkan untuk Damia. Mandi, solat dan iron baju kerja untuk hubby. Ulang sekali lagi. Dengan penuh santai tau. Pastu lepas hubby siap mandikan Damia. Giliran aku nak siapkan Damia berbaju ke taska, barulah aku sedar sesuatu. Apesal jam kat rumah ni dari tadi mesra alam je. Takde tanda pun bagi panik. Aku jengah luar tingkap okey je. Takdelah nampak macam lewat pun. Elok je tengok jam kat decoder Astro barulah sedar... aku dah LEWAT!
Kali ni aku amati jam kat dinding tu betul-betul. La.... nak habis bateri rupanya. Memanglah jam tu bergerak lagi. Tapi jenis slow motion gerakannya. Aduh du... Kenapa tak bagi warning, ko nak habis bateri ha... Kan aku dah lambat ni ha... Bikin bengang je la kau ni ha.... Sila sebutkan ikut intonasi bergaya abang Bilal Khan. hohoho....
Okeylah, selesai membebel soal jam dinding hari ni. Aku banyak tugasan nak disiapkan segera. Ada masa aku sambung bercerita lagi.
Rumusan tajuk harini: Lumrah manusia, susah nak akui salah sendiri. Sedapat boleh nak salahkan orang lain atau benda lain walaupun kita sedar ada khilaf kita di mana-mana. Masalah itu lazimnya berpunca dari diri kita. Fikir-fikirkanlah.
11 comments:
betol betol ssh nk rase sndiri salah. bila dah terok, baru seda. hehe. macam saya! haha.
salahkan jam yang tak hidup sbab ta warning nk abiz bateri. :)
pagi tadi pun saya agak santai memandu....dengan harapan parking lot akan kosong seperti biasa...sekali datang, hambek penuh semua...kena buat pusingan sekali lagi untuk mencari tempat parking...tu pun agak jauh...huhuhuhu
New Entry: Temubual Cikgu Shida bersama Hot.fm
sian jam..apalah dosaku huhuhuhuhu
Dan aku sambung menyalahkan ko sebab bila aku bukak blog ko pkl 8 lebey, takde entry baru sebelum entry ni? Selalunya awal ko membebel!!!
Hahahaha...
sian jam tu dipersalahkan...ckp pasal jam baru teringat jam dinding kt bilik lin pon slow..jadi pergerakan kite pon ikut slow jugak~
Memo_Hazel ~ bateri berlambak kat stor tapi malas nk tukar. balik keje nantilah agenda tu hehe
zahidah dihaz ~ cuti2 skolah pn jam gak kan. xbesh betul huhu
yantz-yeem ~ jam tu mmg bakal aku humban dlm tong sampah! hohoho
Momokz ~ aku masuk awal gak beb, tp sedang usahakan kerja dulu baru pk nk publish entry hohoho
CaDLyNN ~ hohoho.... wan mmg sngaja awalkan masa 10 min. tapi harini dekat 15 minit dia lewat. btl2 bg cuak! ahahaha
hehe cute plak entry ni--and bottomline tu sgt betul..can't agree more..
Post a Comment