Nuffnang

Thursday, March 17, 2011

Won Darlie All Shiny White Contest!

Alhamdulillah... aku menang saguhati Darlie All Shiny White, The White Mission Contest. Anjuran Darlie. Contest ni jenis game. Sebab dah lama betul aku tak join, maka aku tak ambil tahu pasal status aku dalam contest ni. Hinggalah sekitar minggu lepas aku terima surat menang contest ni! Trimas pada penganjur, Darlie sebab senaraikan nama aku di kalangan pemenang.


Mula-mula game ni keluar, punyalah aku pulun main. Ajak dan paksa kawan-kawan Facebook aku join sekali!. Kegigihan tu akhirnya menempatkan aku antara Top10! Tapi... bila semnagat nak main game contest ni makin kendur, makin menjunam kedudukan aku. Bayangkan dari kedudukan no.6 aku menjunam ke nombor 40++ sebab aku malas nak teruskan perjuangan main game Darlie. hahaha... Memang tak taruh sebarang harapan menang tau. Dan memang tak kusangka, Darlie kirimkan surat kemenangan ini.

Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang saguhati sebuah Pen Drive! Bagi peserta yang sertai contest ini disertakan dengan resit, kena sediakan bukti pembelian. Sayangnya entah ke mana resit tu aku letak. Tak jumpa pulak bila di cari-cari ni. Aku bersangka buruk, aku terbuang masa sessi mengemas pindah meja lepas! uhuhu.... Walaupun hanya hadiah saguhati sayang jugak wo... Bukan nilai hadiahnya yang diinginkan sangat. Tapi sekurang-kurangnya ada hadiah tu boleh la simpan jadikan kenangan, sertai contest yang itu....

Surat dari penganjur. Kalau tak jumpa juga sebelum 31 hb ni, kena redha je la. Mungkin bukan rezeki aku nak dapat Pen Drive dari Darlie. Apa pun merasa nama disenaraikan kalangan pemenang pun dah buat aku happy!

7 comments:

Zana_MamaBatrice said...

wah..tahniah even saguhati jer pun
janji ada rezeki menang contest mcm tu..

takpe..pelan2 cari
sure ada resit tu

zana pun memula dulu
kemaruk gark main game tu
tp last2...tak dan dah nak main game tu

Cute MuM said...

rajin wan join semua contest nie kan.. tahniah..

::Mamalyna:: said...

tahniah wan... makin murah rezeki wan...

N@di@ said...

tahniah dear :)

cikceriacorner said...

wow..tahniah2..heheheh

rejeki2..:)

Intan said...

Pelan2 cari balik resit tu wan...insya'Allah kalau ada rezeki, mesti jumpa punya lah :)

Bestnya, murah btl rezeki wan tahun nie ye :D

Achiq said...

Tahniah wan.. d time saguhati.. next time.. besor punya hadiah..