Nuffnang

Followers

Thursday, March 31, 2011

Won SmashBox Cosmetics!

Aku menang contest anjuran InTrend promosi bulan Disember 2010. Tawaran paling lumayan dari InTrend setakat ini. Hamper SmashBox Cosmetics bernilai RM 524.00! Ia adalah koleksi Wish Holiday Collection. Alhamdulillah...

Aku menangi beberapa produk dari Smashbox. Antaranya Eye Wish Pallette, Mini Lash DNA Mascara, Enam gincu pelbagai rona dengan efek glos yang tampilkan kesan seksi pada bibir dan Lip liner! Ada lagi produk lain, tapi lupa namanya. Tapi kesan dramatik ketara dengan semua produk SmashBox ni. Rona warna nak pelbagai timbulkan kelainan. Menariknya  Smashbox menganjurkan jualan sambil beramal. Maknanya bagi setiap pembelian produk SmashBox, secara tidak langsung kita berbakti dengan menyumbangkan sedikit derma. Berbaloi-baloi kan!

Terima kasih InTrend! Penghujung 2010 penuh dengan kejutan dari majalah kegemaranku dan inspirasi ramai ni. Berbaloi-baloi setia dengan InTrend selama ni. Rasa bertuah dan dihargai sangat! Trimas InTrend!

3 comments:

BIONIC WOMEN said...

Wahhh..bestnya wan...
besarnya nilai hamper tuh...huhu

wan..jual kat kita 1 lipstik ni..kita nak try..boleh?boleh?
hehehe...

Ezzah Memo said...

tahniah kak. memo nak!!!! :)

ummirayyan said...

haa wan..bak meh ang juai kat aku make up tu la..

nak jugak..