Nuffnang

Wednesday, March 30, 2011

Raikan Damia di Menara Kuala Lumpur

Lepas ke warehouse Mattel. Kami tukar haluan ke Menara Kuala Lumpur sementara tunggu malam sebab nak jemput adik aku. Kiranya macam meraikan hari jadi Damia jugak ni. Bawa jalan-jalan kat Menara KL. Selama 6 tahun hidup kat Kuala Lumpur ni. Inilah kali kedua aku jejakkan kaki ke Menara KL. Alasan kerap kenapa asyik bertangguh nak ke situ. Tak tau nak buat apa selain tengok seluruh panorama Kuala Lumpur. Rupanya aku silap. Sekarang Menara KL dah banyak pembaharuan. Macam-macam ada. Mini zoo, pusat simulasi kereta F1, boleh naik kereta kuda dan lain-lain lagi. Hanya dengan beli 1 tiket per individu semata.
Kuda ni macam tertarik betul kat Damia. Dari jauh dia datang try nak dekat dengan Damia. Cik Damia tak sudah-sudah sebut "horse... horse..." Suka la tu! Aku pulak tak berani nak pergi dekat. Mana tau nak jadi kes kuda amuk tiba-tiba ke, lebih baik utamakan keselamatan kan hahaha... Dasar penakot!

Menara KL dari jarak dekat. Selalu tengok dari jauh je kan. Pertama kali aku datang Menara KL dengan rombongan makcik-makcik UMNO sekitar tahun 2001. Aku ikut mak aku  masa tu. Percaya atau tidak. Dengan muka berminyak sebab kurang rehat kitorang memang jakunlah tengok panorama KL masa tu. hohoho...
Minah gadget. Tak tahu sangat apa fungsi alatan tu. Yang aku perasan, bila kita hala ke setiap kawasan dia akan paparkan beberapa lokasi yang hala ke situ. Contohnya lokasi Bukit Bintang ada Lot 10 dan lain-lain. Gitulah lebih kurang. Aku malas nak pakai. Tapi Cik Damia beria nak pakai macamlah reti guna. Kulu kilir diusungnya benda alah tu dengan muka confident. hohoho....

Tak boleh hala ke arah matahari. Tapi bila orang bagi amaran, lagi rasa teringin nak buat kan. kehkehkeh... Takdelah aku ikut perasaan. Buta mataku nanti sah-sah salah sendiri kan. Besh jugak layan panorama KL dari atas ni. Rasa macam tak percaya tengok banyak bangunan naik mencanak sana sini. Sedangkan zaman 90-an dulu nak nampak bangunan tinggi 5 tingkat pun payah. Aku pernah tinggal kat KL sejak lahir hingga darjah 5 dulu. So takdelah begitu jakun bab-bab KL ni. Walaupun sekembalinya aku dari kampung ke tanah tumpah darahku di HKL ini, aku dapat kejutan budaya gak. KL dah berganda-ganda berubah berbanding zaman 80-an dulu.
Kami tiba pun dah petang. Lagipun tak lama menyinggah kat atas. Sebab pusing-pusing kat situ saja. Tak sampai setengah jam dah turun semula.

Masuk Zoo mini. Tak ingatlah pula nama zoo ni. Yang buat aku menyampah. Masuk saja kena hadap balang-balang kaca pelbagai jenis ular. Aku memang tak suka ular. Jadi fobia semacam. Nak-nak jenis bapak ular sawa dok berlingkar tepi kotak kaca. Mengerikan tengok saiz badan ular sawa yang lebih besar dari saiz peha aku. Pastu ada la beberapa haiwan lain. Kelakarnya tengok hamster yang super duper aktif dan burung ni. Sangatlah mesra alamnya. Bila aku fokus muka dia dengan kamera dia jengah balik skrin nak cari muka aku pulak. Macam dok main cak-cak la pulak...

Masuk pusat simulasi F1. Ayah Damia baru test beberapa minit, Damia dah melalak! Dia ingat ayahnya nak gerak tinggalkan dia naik kereta F1 tu la.  Serius sedih budak ni. Tahap tersedu-sedu takut kena tinggal! Aduhai.... sabo je la...

Sessi terakhir, lepak kat KLCC sementara tunggu nak ambil adik aku kat Hentian Duta. Sempat tu main game kat Lancome stage ni. Patutnya setiap pengunjung yang main game ni, makeover, dapat free goodies, perfume dan apatah lagi. Tapi aku tak selesaikan tugasan make over. Sudahnya burn gitu je. Malas aku nak make over depan orang ramai gitu. Lagipun masa tu nak solat magrib. Sayanglah dah penat-penat  orang makeover muka aku, kena tanggal make up pulak kan.... Next time sajalah!

Kesimpulannya sabtu lepas. Berjalan-jalan tanpa haluan tapi dengan pelbagai agenda. Bila aku tengok gambar-gambar kat sini banyak pulak gambar aku hohoho....

14 comments:

Memo_Hazel said...

Damia anak ayah lah nie. hehehe. :) tak leh tinggal sikit dari ayah nyee. :)

Nad @ MamaZakwan said...

bestnye jenjalan kl! :)

my shaizhar blog contest said...

menara kl??

ha ha ha ha.. kali terakhir ke situ 7 bulan lalu

selepas lebih 12 tahun 6 bulan menjadi pekerjanya.

kini diriku adalah bekas pekerja di situ.

fasha said...

saya pun dah pegi. kalau pegi restoran berpusing lg best tau :) mknn banyak.

Intan said...

At least wan dah p dua kali...den nie satu kali pon tak ponah laei...ekeke...tak leh jadi nie nak kena pergi gak nie (ekeke...kes dengki!).

Comei nyo damia ngan headband bagai...tapi nanes pulak ye sayang :D

zahidah dihaz said...

tak pernah lagi pergi menara kl...huhuhuhuh


New Entry: Nostalgia: Lagu zaman sekolah rendah

Mama Zharfan said...

comelnya damia hehehe :)

Wansteddy Tales said...

memo hazel ~ yup2. sikit2 ayah. mmg dia rapat betul dgn ayahnya ^^

Wansteddy Tales said...

Nad @ MamaZakwan ~ meh singgah Menara KL Nad, memang besh bawa anak jengah panorama KL ni ^^

Wansteddy Tales said...

my shaizhar blog contest ~ ic... kalau saya dtg 7bln lepas, ada kemungkinan boleh jumpa kita masa tu agaknya ^^ bnyk perubahan gak kat Menara KL tu ya.

Wansteddy Tales said...

fasha ~ oho... pending lama dah nak makan2 kat restoren berputar tu. tingin nk dinner2 kat situ ^^

Wansteddy Tales said...

Intan ~ ahahhaa... bawa Arissa tinjau2 KL, Intan. Memang besh! Damia kalau bab berhias tang kepala ikut mood dia. Kalau xsuka dia lebih rela rambut dia serabut! huhu

Wansteddy Tales said...

zahidah dihaz ~ Lepak sana sekali sekala besh gak ^^ Tak lama2 pun xpe, Sebab pusing2 kat situ je haha... tapi boleh tahan seronok juga :)

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ Trimas k.suziey ^^