Nuffnang

Wednesday, April 20, 2011

Cara bina basic dolly

Atas permintaan blogger tentang teknik melukis vector. Harini aku nak ajar cara melukis dolly paling basic. Lukisan vector ni boleh gunakan beberapa software. Tapi yang biasa aku gunakan Adobe Illustrator. Buatlah pilihan korang selesa siri ai yang mana. Aku masih gunakan versi CS3. Orang lidi. Part kepala je dulu. Untuk basic design ni kita banyak guna Ellipse Tool (L). Bulat-bulat itu comel.

Langkah pertama: Klik Ellipse Tool (L). Lukis pada layout sambil tekan Shift di keyboard untuk dapatkan bentuk bulat tepat.

 
Langkah kedua: Lukis bulatan kecil untuk mata. Drag satu lagi bulatan dari imej yang sama sambil tekan Shift keyboard untuk dapatkan kedudukan yang selaras.

Langkah ketiga: Lukis bulatan untuk mulut. Untuk dapatkan shape separuh bulat. Klik Direct Selection Tool di dalam kotak Tool seperti gambar di atas. Anda akan dapat arrow titil active yang boleh betulkan titik lukisan. Lepas klik titik atas tu tekan delete kat keyboard.

Imej tu akan akan jadi begini. Anda boleh masukkan warna dengan menggunakan kotak Swatches (warna) seperti rujukan di atas. Dan boleh ubahsuai kedudukan design seperti diinginkan.

Sampai sini untuk tutorial basic. Ada kelapangan aku share cara melukis dolly yang lebih terperinci. Langkah demi langkah. Dari yang mudah macam ni kepada yang lebih terperinci. Selamat mencuba!

10 comments:

mama tisya said...

tk brp reti guna illustrator..hehehe..slalu guna photoshop tupn byk lg kena blajar tools2

Black_roses92 said...

bestnya! cepat2 ea..update utk buat dolly.. :)

syufaa said...

tuto yg beshh! tp syufa xde adobe illustrator..huhu..

CaDLyNN said...

wah!!! sifu wat tutorial....best2... :)

bArdbOO said...

thx!! cepat2 buat next tutor ye..nak gak blaja cara buat nie.. =)

Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

mummy_ayu said...

wah....buakn senang nie..kena tangan lembut & kreatif..ayu bab lukis2 nie memang slow...

toyolkiut said...

oh..
sampai ke sudah mmg x phm..
hehe..

JaSmIn said...

da lame tggalkn adobe ilustrator ni huhuhh dlu blajar multimedia n design skang kje da lari bidang ..;)) seronok kan main2 ngan ilustrator ni n drawing is like a game!

Em's Family said...

oh im sooooooooooooooooooo love this entry!!! thanks for sharing

Momokz said...

Tak cukup, tak cukup! Nak lagi...!!!!