Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, April 11, 2011

Harini nak balik KL

5 hari kat kampung, harini nak balik ke Kuala Lumpur. Banyak nak dikongsikan dalam blog. Tapi aku takde masa nak online. Dari jumaat kalut dengan persiapan majlis akikah anak saudara dan sambutan hari lahir Damia dan sepupunya, Haikal. Aku ni mengalahkan mak andam punya busy... Ke sana sini berlari nak segalanya berjalan lancar.

Bila majlis bermula akulah jurufotonya, tukang kemas barangnya dan segala kerja lagi. Sudahnya bila aku belek-belek kamera. Adalah sekeping dua saja gambar aku. Kebanyakkannya jenis candid, ciz...! Ada masa nanti akan aku kongsikan gambar sekitar majlis akikah dan hari jadi tu. Sekarang sedang kalut bersiap nak balik pula. Barang semua belum pack. Dengan nak masak-masak lagi, kemas rumah lagi.

Tapi nak balik ni kesiankan mak pula yang tinggal sorang jaga kakak yang masih dalam pantang dengan anak-anaknya yang kecil-kecil lagi. Abang ipar dah habis cuti, kembali bertugas kat Pulau Pinang. Abah pula sekarang kat Port Dickson temani atok aku jalani pengambaran. Atok aku femes tau hahhaha... Adik bongsu aku nak ikut balik KL. Maka tinggallah mak dan kakak. Kesian juga kat keduanya. Kakak dah macam orang tak pantang pula. Sana sini kalut dengan anak-anak. Mak jangan di kata. Tolong beberapa hari ni pun dapat rasa keletihan dia. Apa lagi kalau aku dah balik nanti. Sorang-sorang dia urus rumah. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Okeylah, tamat bebelan hari ni. Maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak balas komen-komen kalian. Nak blogwalking pun tak sempat. Sepanjang cuti ni aku pun bukan rehat sangat. Banyak kerja-kerja rumah nak dibereskan. Apa pun trimas banyak atas kunjungan kalian. Hargai sangat-sangat. Insya'allah punya kelapangan, mak Wan singgah blog korang pula ye!

2 comments:

oranglidi said...

rasa macam lama dah tak buat kenduri kat rumah....


New Entry: FAMOUS AMOS | HAND MADE COOKIES

BabyIntan said...

Bestnya dia kat kampung ghupanya! Patutlah tak nampak wan kat 'mana-mana'...hee hee :D

Cuba cer tengok cer tengok kat blog eden...hee hee ;)

Nak lagi tepat kat sini...Pemenang 'BabyIntan's Special Giveaway'!