Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, April 13, 2011

Majlis akikah Muhamad Asyraf

Nak kongsikan gambar-gambar sekitar majlis akikah anak keempat kakak aku. Selamat dilahirkan pada 27 mac 2011. Mamanya 28hb abang sulungnya 29hb. Semuanya warga Mac termasuklah sepupu dorang Cik Damia. Dilahirkan normal seberat 4kg. Sihat, kuat tido, tak banyak ragam dan sangatlah comelnya! Perkenalkan pada kalian anak saudara lelakiku Muhamad Asyraf bin Khairul Anuar. 


Majlis dimulakan dengan dendangan Marhaban Kumpulan Mutiara Syifa. Diterajui oleh mak aku, Puan Rapiah Nawi. Kumpulan Mutiara Syifa dianggotai penduduk Kampung Pulau Belayar, Gerik, Perak.

Sebahagian dari hiasan buaian tempatkan Asyraf. Sebelum bermula marhaban sampailah habis Asyraf tidoooo je. Langsung tak hairan bunyi bising ke orang dok gomol-gomol pipi dia ke. Yang penting, tido. Superb cool baby! hahhaha...

Kakak masih dalam pantang. Haritu genap 14 hari berpantang. Walaupun dalam keadaan berpantang. Gagah juga buat macam-macam kerja. Terutamanya bab menguruskan anak-anak. Respek betul dengan semangat kakak. Selamat jalani cuti rehat yang panjang. Kena jaga pantang gak tau!

Sempat rakamkan candid Mak Long. Aku tanya kat Mak Long, zaman dia muda-muda dulu banyak tak gambar dia? Mak Long kata, adalah sekeping. Tu pun disangkut elok kat dinding rumah. Mak aku cakap. Mak Long sebelum nak posing tu, sempat lagi berdandan bagai nak rak. hahhaha... Berbaloilah berdandan tu. Sebiji macam peragawati you...! Ada masa nanti aku ambil gambar tu dan masukkan dalam blog. Nostalgia tu...

Semua hiasan adalah gubahan aku. Aku banyak buat rujukan dalam internet. Tapi tentulah tak dapat ikut gubahan sebiji-sebiji dalam internet kan. Gubah mana yang dapat saja. 

Cu Hendon, ada kisahnya dalam blog ni hahhaha.... Makcik Nor dan aku. 

Abah mulakan acara cukur jambul Asyraf.

 Abang Ipar. Tengok Asyraf... nyenyak tidur...

Nenekku... sempat buat lawak masa nak cukur jambul tu. Tak ingat lak apa dia kata. Tapi lawak jugaklah hohoho... Sekarang kalau suruh nenek posing, dia bantai tunjuk peace! Tiru perangai gedix cucu-cucu dia hahahha...

 Giliran kakak

 Giliran hubby sambil diperhatikan Damia. Tentunya bab cium-cium serah kat Damia...

Auntie mesti ambil giliran! hohoho....  Peace!

Owh, ada juga gambar kami sekeluarga. Terselit Eisya. Eisya ni kawan rapat Damia kat kampung. Sana sini dok berdua je tak berenggang. Cuma tabiat keduanya yang susah nak kontrol, suka berebut! Jangan berebut boipren bila besar sok udahlah korang ye hohoho.... Aku kalau dorang mai peel rebut-rebut ni takde backing sapa-sapa dah. Kalau dua-dua salah, dua-dua kena marah. Adil dan saksama kononnya, hahah...

Last frame. Inilah satu-satunya gambar aku dengan buaian hiasan tu. Nanti aku cari lagi gambar penuh buaian berhias ni kot ada. Nanti nak kena sambung entry berikutnya. Pasal sambutan Hari Jadi Along dan Damia pula. Sama hari dengan majlis Akikah Aysraf ni sebenarnya.

10 comments:

oranglidi said...

cantiknya...cool giler baby asyraf...tidur je memanjang...hehehhe


New Entry: MENGIDAM | JANGAN DITURUTKAN NAFSU

wantzknight said...

eisya muke xdek mud..hehe..mad asyraf,dgr cite mad afiq pny idea..haha

mummy_ayu said...

ala tomeinya baby..lena....tak nangis pun time cukur jambul..bagus tul...ye la ada setengah baby tu nangis2...

yantz-yeem said...

comei2x...nnti anak aku nak wat naik buai aku suh ko je deco eks....

balqisnordin said...

comei baby asyraf.. lena je.tak mahu menyusahkan mama dia..

Wansteddy Tales said...

orang lidi ~ tak heran langsung hiruk pikuk hahha

Wansteddy Tales said...

wantzknight ~ yeahh... dia sorg je positif dpt adik lelaki. along n eisya dua2 sangka dpt girl2 ^^

Wansteddy Tales said...

mummy_ayu ~ cukur olok2 tak nangis. cukur smpai botak pn xnangis. nnt wan share entry masa cukur jambul pulak. kelakar betul ^^'

Wansteddy Tales said...

yantz-yeem ~ ala kak.... ko mesti nk pakai mak andam glamer punya... takat designer cabuk cm aku mana mampu ikut spek ko hahahha

Wansteddy Tales said...

balqisnordin ~ alhamdulillah... anak ni baik betul. senang nk jaga. mudah2an smpai besarlah baik begini, amin...