Nuffnang

Followers

Wednesday, April 13, 2011

Manga Art

Sedang dalam proses rekabentuk karektor dolly yang baru. Tak pernah aku hasilkan dolly dalam bentuk manga sepenuhnya. Lazimnya dolly aku aku ubahsuai dari stroke manga. Memang ciri-ciri dolly aku menjurus pada stroke manga sebenarnya. Tapi bagi peminat manga... pasti dapat kesan, banyak perubahan stroke yang aku hasilkan. Dan kali ini aku betul-betul asah skill lukisan baru. Stroke manga.
Karektor manga mata mesti bulat-bulat dan besar. Berbulu mata lebat. Mata bersinar-sinar atau berkaca. Sesetengah artis manga suka hasilkan efek cahaya berlebihan. Macam sinaran atau bintang. Bergantung pada skill dan teknik artis manga juga sebenarnya. Kalau dulu lukisan vintage manga memang jenis macam tu. Sekarang ni je dah makin ramai artis yang kurangkan stroke kesan cahaya tu. Selain nak hasilkan kelainan dalam stroke lukisan masing-masing. Stroke lukisan manga sekarang pun dah makin canggih. Dipermudahkan dan punya kepelbagaian.

Ada masa kelapangan aku nak share teknik melukis manga. Walaupun  aku ni bukanlah arif sangat. Tapi dek kerana memang ini minat aku (melukis), rasanya lebih besh berkongsi tips dan teknik. Dan tak usahlah bandingkan skill aku dengan artis yang lebih berpengalaman ya. Aku pun masih di tahap belajar :)

2 comments:

Adil said...

share la teknik" share lah share lah
hahha :)

Wansteddy Tales said...

insya'allah Adil... akk ni takdela terer sngt. semua teknik bantai sendiri. tah praktikal x nk dicontohi. insya'allah punya kelapangan akk share jugak ;)