Nuffnang

Friday, April 15, 2011

Misi

Sedang entry ini ditulis, aku berada di depan Kedutaan Sepanyol, Ampang. Menunggu lama didepan pagar tertutup rapat. Tangan dan bahu masih terasa sengal. Kepala agak pening. Tak cukup tidur dan makan.

Semuanya gara-gara nak siapkan lukisan bertemakan 'Fairy Tales'. Aku tak dapat nak kongsi lanjut berkenaan hasil rekabentuk tu. Bila sampai masa yang sesuai, barulah aku boleh kongsikan hasil lukisan tu sepenuhnya. Buat masa terdekat aku boleh kongsikan proses kerja semata. Tunggu entry tu yeh.

Hasil lukisan aku dah selamat kirim kat pak guard. Harapan aku, pak guard ni dapatlah serahkan pada penganjur dengan sempurna. Risau juga kalau kerosakan ke apa ke kat lukisan tu huhu... Doakan aku bertuah ye. Amin...

5 comments:

mamaqari said...

utk contest ke kerja wan?

Wan_hazel said...

amin akak wan....law kak wan dah wat mesti boleh nye...

Wansteddy Tales said...

mamaqari ~ haah, rasa nak pecah kepala tgk deadline dia harini. dpt info mlm td huhu

Wansteddy Tales said...

Wan_hazel ~ Trimas Wan. terharu akak dgn ucapan wan ni ^^

AyuArjuna BiGoshh said...

moga berhasil wan :)