Nuffnang

Saturday, May 28, 2011

Bercanda di persisiran pantai

Bukan dengan hubbyku, tapi dengan rakan-rakan opis. Bercanda tanpa perasaan hahaha... Pantai apa, aku pun dah lupa. Tapi besh jugaklah lepak-lepak kat pantai ni. Sekadar bersiar-siar di pinggiran pantai semata. Aku tak bawa swim suit pun. Dan kalaupun korang nampak aku pakai swim suit  pink merening ala-ala Kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak, sila maklumkan kat aku. Ada kemungkinan itu orang lain tu menyamar jadi haku! hahahhaa...

Serius cakap opismate aku memang spesis suka bergambar. Tak kira kat mana, apa situasi pun kalau dapat peluang beraksi tu, memang sakan you!

Macam-macam aksi boleh lakukan. Tak payah bagi idea, spontan je! kehkehkeh.... 

Itu di baris hadapan adalah boz besar cawangan Senireka. Haku punya boz da... Encik Latib.  Dapat layan ombak, malas dah beliau nak ambik pusing dah pasal staf dia yang gila-gila. Bantai kena usik pun cool je hahaha...

Macam sedang nyanyi secara duet je kan. Aku dah gelak-gelak tengok gambar ni. Sporting je  layan candid frame. Yang cute berbaju merah ni wifey Encik Latib. Pegawai senior cawangan pameran. Gelaran manja, mommy coz Kak Ton memang treat staf baya-baya kitorang macam anakanda dia. Yang belah kanan tu Faaza, jurugambar kitorang. Memang banyak gambar kitorang dalam kamera abang Suhaidi tu atas kerajinan tangan dia la. Sudahnya frame gambar dia dapat terhad je. Itulah rahsianya kenapa K.Yantz dan haku tak nak pegang kamera! hahahah... Bijak tak... bijak tak....

Cubaan buat unggun api oleh abang Suhaidi. Tapi tak terpasang pun apinya. Aku punya dah beria nak tengok unggun api. Al maklum jarang bercamping kan. Sekali sekala nak merasa gak layan camping mood hahaha...

Frame akhir, deco yang sempat aku bina dan rakam pada hari tersebut. keh keh keh... Menarik gak kan. Mana tau gambar ni boleh jadi sumber inspirasi kat designer lanskap pulak. Akan datang aku sambung lagi siri gambar berikutnya. Banyak sangat nak share sebenarnya.

4 comments:

Wan_hazel said...

seronok nye akak wan..mesti projek dah siap nie kan>??hehehe..or nak tenangkan fikiran...best lak g pantai..enjoy2..ehehhe..napa gambar akka satu je???hehehe

Wansteddy Tales said...

wan, ni kisah masa duty kat pameran kota bharu dulu. baru ni nk citer dlm blog. xde masa nk create entry hahah... projek ongoin ni wan, pasal tu entry main autopublish je banyak ni hahaah

bac said...

tu je pic aku.. ape da wan.... anyway u have put an a.k.a on my name k... faaza a.k.a bac marzio....

yantz-yeem said...

weh unggun api tu x menjadik sbb ada tukang dengki dok balik kayu je kejanya...nak tau sape???hahahahhaha...boz ko le...xde koje dok menganiaya a.suhaidi tu...