Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, May 19, 2011

Lemak banyak, Malas menulis!

Entah kenapa sejak dua menjak ni aku malas membebel. Selalunya rutin membebel aku bagaikan takde sempadan. Hatta dalam toilet pun kepala aku ligat memikirkan bahan baru nak dipaparkan dalam entry baru. Walaupun idea merepek, rasa rugi tak kongsikan sekali. Sekarang ni aku asyik paparkan entry statik je. Entry hadiah. Jujurnya aku dah bosan nak tulis benda yang sama. Tapi kalau tak tulis sayang juga. Kenangan tu...

Aku menuduh masalah kegemukan ini yang menjadi punca kenapa aku malas menulis. Lengan dah makin menggedeber ke bawah. Peha dah makin mengembang ke sisi. Perut tak reti nak surut dek lemak. Dan dagu dah makin mengembang macam proses tiup belon. 

Ciz! Aku tak suka dengan keadaan ini. Rasa nak sedut keluar je segala lemak ni guna straw. Atau paling koman pun guna pam minyak masak style dulu-dulu tu. Serius aku dah makin cuak! Aku dah termasuk dalam geng fobia mesin timbang. Tengok menatang alah tu saja aku dah rasa seram-seram sejuk. Nak jejakkan kaki kat atasnya apatah lagi. Baju bersaiz S aku kebanyakkannya dah makin sendat. Nak sarung, bolehlah sarung... tapi sendap macam isi nangka. 

Aduhai... maka hari ini aku mengaku. Aku sudah gemok! Dan masalah kegemukkan ini menyusahkan hati aku sepenuhnya huhuhu.... Tulun.... Tulunnn.....


No comments: