Nuffnang

Followers

Friday, June 24, 2011

Sambut Hari Bapa di KLCC

Ahad lepas barulah kami keluar ke KLCC. Biasanya kami keluar hari sabtu. Hari ahad, berehat dan uruskan kerja-kerja rumah. Tapi dek kerana sabtu lepas, kereta masuk bengkel. Terpaksalah tunda sambut hari bapa. Apa pun walaupun dah nak masuk seminggu berlalu. Tak salah aku ucapkan. Selamat hari bapa buat abah, my laling, abang dan abang iparku serta kaum lelaki berstatus bapa.

Seperti biasa, iPhone mummy iPhone ayah... Damia punya! hahaha... Dalam perjalanan, hiburan Damia melayan game. Ada car seat kat belakang, tak nak duduk. Lagipun tak harap dia duduk sorang. Karang ada yang beria nak buka belt. Nak berjoget kat belakang. huhu...

Kebetulan waktu nak cari parking, hubby berhenti  kat signage ni. Ngam2 dengan Damia. Aku pula secara tak sengaja terambil gambar ni. Sebenarnya nak fokus kat Damia saja. Tapi besh gak kan gambar ni. Spontan je. hohoho... 

Yang diraikan. My laling hubby. Makan-makan kat Kenny Rogers saja :)

Makanan dan minuman yang diorder. Sayangnya Damia memang tak boleh makan sebarang. Banyak alahan kat telur, mayonis, coklat dan lain-lain. Sudahnya hidangan Damia tapau dari cafe luar. 

Lepas makan-makan bawa Damia tengok ikan kat akuarium percuma Akuaria. Walaupun akuarium dalam ni tak sebanyak di dalam. Cukup menghiburkan Damia. Kalau masuk dalam. Memang tak sempat nak teliti semua jenis ikan. Banyak sangat hehe...

Salah satu ikan seksi yang aku suka tengok!

Pertama kali berjalan kat sini. Biasa tu ambil gambar kat dataran depan KLCC tu je. Haritu kami berjalan kat kaki lima air pancut KLCC. Memang santai nak lepak-lepak dan bergambar. Damia beria nak dibawa ke taman. Tapi minta ayahnya dukung. huhu...

Yeahaa.... masanya bergumbira. Habis dibulinya ayah ke sana sini. Masa ni yang berpeluh sakan, bukan anaknya, tapi ayahnya! hahhaha... sekali sekala begini bagus juga. Berhibur sambil bersenam :D

Nak bawa Damia masuk balik ke dalam kemain seksa. Dari taman sampailah ke Lower Ground, melalak mek kecik ni tak rela tinggalkan taman! Mujurlah ada kereta ni yang boleh mengubati lara anak daraku itu huhu.... Macam-macamlah Damia. Sambut hari bapa, yang berianya untuk anak juga. hahah... Malamnya kami tonton Hoodwinked! kat TGV, KLCC. Waktu ni Damia dah letih nak tidur, tapi demi filem kartun, gigihkan juga celikkan mata. hahha... Selamat berkenalan dengan peel anak daraku ye hohoho....

8 comments:

Cik Puan Nurul said...

cantiknya kulit wan..

Wansteddy Tales said...

alamak nurul... klu jumpa face 2 face tau la nurul bnyk part lubang2 kat mukaku hahahha...

Mama Zharfan said...

hensemnya hubby wan heheh

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ kalau dibacanya mesej ni... bangga tak kira la tu hohoho

Ezzah Memo said...

damia yang semakin beso dan chantek. cik memo teramatlah jarang singgah baca entri mama damia nie.

Wansteddy Tales said...

memo Hazel ~ xpe memo... time2 bz hakak pn xde mood nk hadap blog sndri. hohoho

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

baru first time nampak gambar hubby wan hehe

Wansteddy Tales said...

Baby ~ banyak juga wan share dlm blog. cumanya kena belek2 entry lama2 kot haha