Nuffnang

Followers

Sunday, June 26, 2011

IKEA pilihan besh sebab...

Ini bukan contest slogan anjuran IKEA. Saja menggatal buat tajuk menduga nafsu shopping korang! hahhaha... Bila tanya... beli kat mana dotdot ni... Kita jawab "IKEA..." dengan muka takde perasaan, tapi hati kembang kuncop bangga tak pasal-pasal. Manusia kan suka benda berjenama. Padahal nilai jenama apalah sangat. Yang penting tahan lama, sesuai dengan selera dan keadaan semasa. Itu dah memadai. Aku cakap bagi sebelah-sebelah pihak. Setuju dan tidak. Kerana aku pun  bermasalah, memang mudah terpengaruh dengan barang IKEA.  hahahaha...

Niat aku nak ke IKEA, beli kerusi untuk meja komputer saja. Tapi terbeli benda-benda lain yang pada masa kejadian aku pikirkan barang keperluan. Balik rumah, belek resit... bengkek sekali! Buat apa aku beli benda alah itu dan ini? Menyesal pun tak guna... Habis duit, resit dibuang. Jangan pandang-pandang lagi angka di resit kalau tak nak kumpul rasa berbulu itu hahhaha...

Mula-mula aku cadang nak beli kerusi sesimple yang mungkin. Yang paling murah. Dapat yang sepongget (RM10) pun jadilah... Janji kukuh. Yang pasti tak menjatuhkan tuannya macam kerusi IKEA jugak yang selamat kena buang. Sebab apa? Beberapa kali kerusi itu menghumbankan aku ke lantai. Kira-kira adalah dalam 5,6 kali! Cizzz... Be'bedah betul! Maaf, mencarut  di blog, amalan yang kurang sesuai. Jadi ayat mencarut itu kita twist pada sesuatu yang lebih comel. Hahahaha... 

Kejadian dijatuhkan kerusi tu, memang menyakitkan hati. Ikut baran ini, naaaaaaak je aku baling kerusi tu  keluar tingkap! Nasip baik ada gril kat tingkap ni menghalang hakak dari jadi ms.Hulk. Eleh, macam berani! hahhaha... Sudahnya, selepas selamat tukar kerusi baru. Kerusi yang makan tuan tu selamat dinyahkan dari rumahku! Padan muka kao! Pergilah ke tong sampah. Tak hingin aku memandang kao lagi hoooohohoooo... Gelak ngilai paling mencabar hari ini.

MOSES Swivel chair, black Width: 59 cm Depth: 58 cm Min. height: 87 cm Max. height: 98 cm Seat width: 47 cm Seat depth: 38 cm Min. seat height: 42 cm Max. seat height: 53 cm
Kerusi idaman aku... Standart la perempuan... Bila pandang yang lain mula berangan nak yang lebih.  Nak-nak mata hakak, mata mahal. Yang cantik-cantik merelip dipandangan tu, semuanya kategori teguk air liur berkali-kali kalau nak beli! hahhaha... Tergoda giler tengokkan MOSES Swivel chair, black.  Aku siap duduk nak test keempukkan kerusi ni. Duduk je rasa macam masuk berkepuk idea dalam kepala nak buat kerja. Dia punya 'kuasa' tu hahhaha... Tapi... nilainya menakutkan, yakni RM149! Aku pandang hubby dengan wajah minta simpati. Jawapan diplomasi yang dia bagi. "Ikutlah... " Kalau dah gitu, tak payahla.... Sah-sah kena kuar duit poket sendiri kan huhu...
SNILLE Swivel chair, black Width: 67 cm Depth: 67 cm Min. height: 71 cm Max. height: 83 cm Seat width: 45 cm Seat depth: 39 cm Min. seat height: 39 cm Max. seat height: 51 cm
Akhirnya pujuk diri berpuas hati dengan SNILLE Swivel chair, warna hitam yang berharga RM47. Ada dalam warna hitam, putih, pink dan merah. Kenapa aku ambil hitam tidak pink warna kegemaranku itu? Sebab meja dan komputer serba hitam. Nak bagi match la kekonon. Padahal dalam hati berkobar-kobar nak yang kaler pink tu. Tapi stok takde kot. Yang tinggal rata-rata hitam putih semata. Okeylah.... hakak bersyukur. Kaler pun dah kena-kena dengan meja dan komputer. Takde sebab nak nyesal kendian hari dan kata... "Alah... kenapa aku amik kaler pink... kan tak matching..." Pujuk hatiku lagi...

Sekurang-kurangnya hitam itu ada gaya, mutu dan keunggulan... setuju? Anggukkan saja... :D

13 comments:

CaDLyNN said...

kusi kale pink...ala tomeinye..ehehehe..tp kalo p ikea tu mmgla wan..rase nak borong semua...rase semua pon comel..nnti dah sampai rumah baru nak nyesal..hihihihi

Wansteddy Tales said...

Cadlynn ~ tu la.. tu la... rasa cam semua benda nk angkut. bajet leh la deco2 rumah sebijik cam showroom dia tu. balik rumah. blurrr... nk susun pn xreti! hahhaha

Bionic women said...

heheh.ada ek kaler pink? nak jugak ler gi beli..hehe.
kita pakai kerusi plastik yg macam kat kedai makan tu jer.
ada berkenan kat kerusi kat giant, ada corak2, tapi rege agak mahal..dalam rm90 asenya. huhuhu.

kita dah lama x gi ikea

Mama Zharfan said...

me memang suka brg2 IEKA hehe maa move in umah baru, me spent RM5k utk beli brg2 IKEA :) time loaded tu..now tgh ekonomoney :)

Ctnurkhijah said...

kat sini tak de ikea.....huhuhu
nnt dapat dok KL nak p ikea puas2

Wansteddy Tales said...

Bionic Women ~ aha.... Ada kaler pink eily, sygnya masa wan pg stok da habis atau myb sbb wan xusaha cari. Kdg2 dorg letak stok kat rak lain. Harganya pn boleh tahan bawah rm50. Psl tu wan beria amik gak. Ikutkn tingin nak mosses yang empuk itu. Tapi nafsu berbelanja dpt dikawal. Alhamdulillah... Xde la rasa nyesal sngt belek resit walopn sebal tgk beberapa item xberapa nak penting tercongok atas meja! Hahhhaa

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ woa... 5k angka yang mengulpkan! Tapi pueh hati kan, dpt item idaman. Berbelanja dgn hasil memberangsangkan mmg berbaloi2 :)

Wansteddy Tales said...

Siti Nurkhadijah ~ hehe meh dtg Kl CT, mmg besh dpt soping2 ikea. Part besh tu berangan nak deco2 rumah ala showroom ikea. Tp rumah wan mmg xde konsep. Carca marba konsepnya huhu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

layannnnnnnnnnnnn..hehe.. g ikea tue syok cuci mata

AcuRose said...

menarik gak ni wan.. ikea mmg byk choice, tpi rege depends pada design lah. mcm yg 1st pic tu mmg nmpak selesa je. Tpi rege dia lah plak kan. Option lain cari kerusi kat bundle..yg jual 2nd hand furniture dari office. masih baru pas tu murah.

cam kita ni dok mengadap lappy doploh pat jam mmg nak kerusi yg empuk2 gitu. Kusi yg wan amik tu pun cantik.. leh pusing2 lagi..hehe

Wansteddy Tales said...

Acurose ~ gadget sngt pntg walopn sekecil2 item pn sbb blh bg keselesaan maksimum time kerja dpn pc. Kusi empuk gunanya bila idea dah kering. + stress amat berguna time2 nak tido dgn selesanya hahhaa

Eya Eybizz said...

wan,yg kosi atas sekali tu,kosi kite..hehehe...mmg selesa sgt,kalo penat,mmg boleh terlena la kejap.

Wansteddy Tales said...

Eya Eybizz ~ wa... so jeles. wam stay kejap je atas kusi tu memang terasa empuk. rugi lak rasa xamik je ritu. tunggu la kusi baru ni rosak dulu hahahha...