Nuffnang

Wednesday, June 8, 2011

Special Gift: Lovely Pouch PINK & Cute lion Thumbler

Comel sangat pouch pink ni kan.  Hadiah dari opismate yang melancong ke negara China baru-baru ni.  Pouch pink ni boleh muatkan banyak barang sebab saiznya besar juga.  Trimas Kak Pah! Memang kena sangat-sangat dengan taste aku. Besh... besh...!
 
Part besh tu warnanya: pink. Lebih menarik: sulaman bunga pada kain sutera ni. Halus dan kemas sangat. Kalau kat sini tentu mahal harganya. Aku dah aim, kalau keluar  meronda, bolehlah bergaya dengan pouch pink ni. Taruk segala gadget penting macam HP, dompet, dan alat make up. Sayang nak guna, sebab comel sangat :)
 
Hadiah satu lagi sebuah bekas minuman hadiah dari kawan facebook, CC. CC bagi dua bekas minuman ni. Salah satu dah selamat jadi bekalan Damia di rumah. Aku save satu lagi untuk kendian hari. Al maklum budak-budak... Kalau dapat dua-dua, habis dibuat main pula. Bekas ni memang cute! Ada karektor kartun singa lagi.
 
Trimas kawan-kawan yang sudi berikan hadiah pada aku. Besar, kecil, mahal, murah, berjenama atau pun tidak, ia bukan faktor utama. Ingatan tulus ikhlas tu yang utama. Hargai sangat-sangat semua pemberian yang diberikan. Trimas sekali lagi :)

No comments: