Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, June 20, 2011

Won 88 PANASONIC Contest!

Selamat terima sebuah mesin basuh Panasonic 14kg Inverter Top Load Washing Machine. Model NA-FS14X1 bernilai RM2099.00! Mesin basuh ni aku menangi sempena sertai contest WIN 88 PANASONIC WASHING MACHINE campaign. Untuk sertai contest ni, peserta perlu beli produk Dynomo bernilai RM38 ke atas dan lengkapkan slogan kreatif. 

Jujurnya aku agak kurang keyakinan contest jenis slogan ni. Namun terpilih di kalangan 88 pemenang untuk contest ini, cukup mengujakan. Antara kenalan comper yang memenangi contest yang sama ialah  Kak Ayu. Tahniah buat Kak Ayu! Berjoget gabanlah kita dengan mesin basuh besar dabak ni kak... hehe...

Mesin basuh ni dua kali ganda lebih besar dari mesin basuh aku sekarang. Yang aku guna Panasonic auto 7kg je. Cukuplah untuk tiga beranak. Tapi dapat yang 14kg ni memang agak peningkan kepala. Buat masa sekarang, mesin basuh ni elok tersimpan berbungkus dalam bilik kedua. Itu pun dah makan banyak ruang dalam bilik tu. haha... Terima kasih banyak pada penganjur, Sara Lee dan auntie yang sudi luangkan masa hantar mesin basuh ni ke rumah kami. Syukurlah tak perlu sewa lori. Memang beshlah contest ni :D

22 comments:

Cute MuM said...

wah.. memang bestkan dapat hadiah camnie.. ada baca kat blog Ayu pasal nie..kami 8 kg pon guna basuh seminggu sekali.. kalo 14 kg nie, nak kumpul berapa minggu baru berbaloi.. huhu..

Mama Zharfan said...

congrats wan!! tak sempat me nak join contest ni...

Wansteddy Tales said...

Cute Mum ~ Wan memang jenis basuh baju asing dgn baju damia. Sbb tu rasa cam xsesuai mesin basuh ni untuk famili kecik :D cumanya kelebihan mesin basuh ni memang jimat air dan api.

Wan_hazel said...

waaaa////best2...law tak nak guna sila post kat umah wan..ahahaha...taniah kak..

Mama Balqis BPB said...

wah!bestnya!...tahniah

SyUhAdA said...

besnye kak wan..
thniah tau..

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

tahniah wan..rezeki melimpah2

yantz-yeem said...

leh la aku tumpang basuh comforter freee hahahahaha...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bestnyeeeeee... kat umah tue mmg perlukan mesin basuh baru..hehe..ila kena beli takdenya dapat free mcm wan hehe

Ezay Hadry said...

beso nye mesin basuh...
nak nak nak tumpang baju basuh boleh akak? haha
gratz akak sifu comper ^^

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ trimas k.suziey :D

Wansteddy Tales said...

wan hazel ~ hahaha... tu nak pos ke Sarawak ongkosnya separuh harga mesin basuh. hohoho

Wansteddy Tales said...

Trimas Mama Balqis :D

Wansteddy Tales said...

SyUhAdA ~ Trimas dik :D

Wansteddy Tales said...

¥ α Ŋ α Đ z µ £ ~ Trimas Yana :D Alhamdulillah...

Wansteddy Tales said...

yantz-yeem ~ selai RM10 sahaja hahahha

Wansteddy Tales said...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ cubaan join contest Ila, manatau lekat mesin basuh free cam k.ayu :D

Wansteddy Tales said...

Ezay Hadry ~ kalau kita hidup berjiran, no problem Ezay. Mesin dryer pn hakak bagi pinjam hahhaa... alah ezay. akak ni kategori picisan je. blm capai tahap pro pn :)

Anonymous said...

kudos, the chosen wan...

Wansteddy Tales said...

Trimas TBad :D

eima said...

tahniah...sgt ebsh .. bkn senang nk menang hadiah berdasarkan slogan ni tau ... mesti kreatif..ingat lagi tak slogan tu cam ne ... nk tau

Wansteddy Tales said...

Eima ~ trimas Eima. Wan memang xingt langsung slogan tu. Tips wan kalau contest base slogan ni. Cuba bina ayat berkait dengan produk. Contohnya... kalau hadiah dia mesin basuh. Cuba selitkan ayat2 berkait dengan kegunaan dia. gitu lebih kurang. wan ni mmg xpandai wat slogan Eima. rasa tak sesuai nak ajar sedangkan wan pn mmg xmahir slogan2 ni hahaha