Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, June 14, 2011

Won Kiwi Kleen Consumer Contest!

Alhamdulillah jumaat lepas, hubby dah selamat ambilkan hadiah sempena sertai Kiwi Kleen Consumer Contest. Kategori bulan May 2011. Hadiah yang diperolehi sebuah  Corelle Dining set bernilai RM599! Trimas pada penganjur, Kiwi Kleen. Hadiah yang sangat mengujakan. Aku dapat kenalpasti beberapa kawan lain yang menang contest yang sama. Antaranya Kak Ayu serta hubby, Yus dan lain-lain lagi. Tahniah pada semua :D

Terdapat 16 item dalam Corelle Dining set ni. Inilah set pinggan mangkuk termahal dalam koleksi aku yeh. Yang lainnya, paling mahal pun stok IKEA je seciput. Selebihnya hadiah masa kawin dan sumbangan ehsan dari mak aku hohoho... Selalunya surirumah lain berebut nak tayang pinggan mangkuk dalam almari. Siap susun bercorak-corak lagi dalam almari berkaca. Supaya jiran  tetangga yang datang boleh jengah dan jeles. Seterusnya memaksa suami memasing berhutang belikan set pinggan lebih mahal! hahahha... 

Ini cerita dalam drama je, bukan aku nak sindir sapa-sapa. Semua pinggan mangkuk aku  pulak, aku sumbat masuk dalam almari. Idaknya aku susun molek-molek. Yang diluar, stok makan semasa. Maka dapur aku memang tak seindah mana huhu... Kerana sayang dan mahal, set Corelle Dining ni sah-sahlah berbungkus dalam kotak je la jadinya hoho... Mungkin aku akan tayang dalam lemari berkaca lepas berjaya beli satu kohkohkoh... Ada niat gak tu hahahha!

9 comments:

MRS. K said...

tak mampu nak beli.. huhuuh

Lin Azlina said...

tahniah...rezeki murah jer

Wansteddy Tales said...

Mrs. K ~ sama la kita. saya ni tgu menang cnts je la kalau nk dpt barang yg mahal2 cengini. nak beli pk 1000x sayang duit haha

Wansteddy Tales said...

Lin Azlina ~ trimas Lin. alhamdulillah... :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam wan..tahniah yer.wah!murah rezeki wan skrg..aritu dapat jam guess...

Mama Zharfan said...

rugi betul me tak sempat join :) congrats tau!!

Wansteddy Tales said...

Kak atie- alhamdulillah kak, wan doakan kwn2 pn menang ats usaha yg sma. Rezeki ni myb kecik kat org lain. Tapi jd penghibur utk wan bila hati tgh gusar :)

Wansteddy Tales said...

Mama zharfan - takpe k.suziey, bnyk lg cnts besh2 bakal menyusul. Tngl nk join atau xnk je. Dgn status pro comper k.suziey, wan berani kata. Lepas ni grand2 prize dgn mudah je akak rembat. Awal waktu ni, akak warm up dlu. Next time k.suziey pula menghitung hadiah, caiyo2!

rusna wana said...

bestlah wan mnang lagi..suka sgt set corel tu..hehee..akak memang suka susun kat kabinet kat dapur akak..hehee.hari tu p langkawi beli set tu jugak...tp kat sana murah sikitlah...ada contest apa2 , contact2lah akak yer..nk menang jugakkkkk