Nuffnang

Tuesday, June 14, 2011

Ayam Golek 5 bintang, Kerinchi

Geng-geng Angkasapuri gerenti dah masak dengan nama kedai ni. Aku ni dah nak dekat 7 tahun kerja kat KL ni, barulah sekali merasa makan kat sini. Awal-awal jengah restoren ni dari luar dah nampak ayam-ayam yang sedia digolek kat depan. Aroma ayam panggang dah bangkit selera. Dengan persekitaran yang lapang dan tenang. Ada kolam ikan lagi kalau nak bagi anak-anak hilangkan boring tunggu juadah sampai.
 
Damia dapat air sirap, macam tak pernah jumpa seumur hidup dia. Sungguh teruja, sampaikan air minuman mummy pun dia amik. huhu... Dua gelas sirap untuk Damia. Minumnya tak sampai suku. haha...

Inilah hidangan yang kami makan. 1 set tersedia ayam golek, kentang goreng, coslow, nasi dan sup. Rasa macam makan kat Kenny Rogers pun iya jugak. Walaupun nasi yang diberikan seciput je, tapi dah cukup mengenyangkan dengan kentang dan coslow sebagai hidangan sampingan. Kalau tak pernah merasa makan ayam goleh 5 bintang ni, jengah-jengahlah jalan Kerinchi. Memang beshhhh :D

5 comments:

Cik Puan Nurul said...

nyum3..lapoo tetibaaa restoran apakah ituu?

Wansteddy Tales said...

Nama restoren tu ayam golek 5 bintang kat jalan kerinchi. nanti Nurul dtg KL leh singgah tmpt ni. beshhh :D

juelee said...

mmg sedapp ayam golek ni kak..
saya keje Tm kat bangsar tu mmg selalu lunch situ..
dulu rege die RM13 ke sekor skang RM19 kan? huhuhu

Mama Zharfan said...

lapar la plak heheh

yantz-yeem said...

wehhhh aku mmg dah mengidam lama nak mkn ayam golek pantai nie tau...sokmo je beratur panjang..tensi..eh ada jual set plak eks????salu laki aku je yg bli dok beratur..kalo x silap last aku bli seekor rm17..skg x tau le bpe hengget dia jual...