Nuffnang

Followers

Thursday, June 16, 2011

Won second prize X-MEN!

Sekitar minggu lepas aku terima kiriman sms daripada Cosmopolitan Malaysia. Alhamdulillah terpilih sebagai pemenang tempat kedua Contest X-Men. Hadiah yang diterima sangat menarik. Yang lebih besh, ia kategori limited edition. Susah nak diperolehi dimana-mana. Trimas pada majalah kesayanganku Cosmopolitan!

Antara hadiah yang diberikan, 4 pas tayangan filem X-Men! Boleh ditonton dimana-mana panggung kesukaan kita.

Sehelai T-shirt khas siap dengan pakaging gempak! Boleh rujuk kat gambar atas, dalam kotak berhias X-Men tu terkandung T-shirt berwarna kelabu ni. Cun kan :D

Cuba tengok lapisan dalam kotak. Smart betul dia punya design kan. Kerana T-shirt ini patern lelaki, eloklah hubby je pakai. Aku dapat kotak dah cukup happy! Cumanya T-shirt kelabu ni agak besar sikit untuk hubby. Tapi beliau belum test, kita tak tau. Ngam tak ngam kan ahahaha...

Disertakan sekali T-shirt berwarna hitam ni. Kain kualiti. Design gempak. Memang beshlah! Hadiah tempat kedua pun dah besh gini. Hadiah tempat pertama macam manalah pula ya. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya menangi hadiah dari contest yang sama.Terutamanya rakan blog, Cik Ila kerana memenangi hadiah tempat ketiga! Jangan lupa share dalam blog ye yang! Memang beshhh :D Trimas Cosmopolitan!

Ada yang bertanya pada aku berkenaan contest Cosmopolitan ni. Ada dua kategori. Satu jenis kena pos atas poskad atau belakang sampul surat. Satu lagi jenis sms.  Satu sms bernilai RM1. Joinlah mana yang kita suka dan selesa. Tawaran hadiah banyak dan sangatlah lumayan. Selamat berjaya ya kawan-kawan!

14 comments:

Mama Zharfan said...

congrats wan!! me belum pernah menang yg cosmo sms punya even kdg2 try gak...tough luck la plak..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wan sebab ini kali pertama dapat tiket wang free nak tanya soalan kelakar hehe.. Kena call dulu ke kalau nak g tengok? nak reserved dulu ke??

pastu ila ada dapat satu lagi tiket yg takde state apa2 movie.katanya g tengok kat list free movie..tengokla apa2 movie pun..puas ila carik tak jumpa pun list tue..haha..

dah bertahun2 tak tengok wayang wan.. ekeke..ketingalan jadinya.tkial2 tengok websitenya..malu jeeeeee

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ trimas k.suziey :D

Wansteddy Tales said...

Ila ~ Tahniah Ila ;D Juz redeem on d spot dah ok. kalau redeem via reservation pn boleh cumanya kita xboleh select seat cm kat TGV sebab kita tak bayar lagi. So Ila kena berbaris colect tix 30 min before filem start. rugi camtu. baiklah Ila baris awal kat kaunter n redeem free tix on d spot. setengah tix free boleh je redeem movie 3D. Tapi kena tmbh duit sikit. fee spek dia tu. Kalau atas tix ada title filem, kita juz boleh tgk movie tu saja. kalau yg kosong tu bagus. kita boleh tgk mana2 filem fav smpi duedate yg dorg bg. yg jenis ada title ni ruginya bukan apa. kdg2 tu kita terlajak due filem dah habis. pastu kdg2 ada kes kita dah tonton pun filem tu, atau dpt extra tix. so ila bagilah kat sapa2 cam wan selalu buat hehe... free title ticket, tp kena bawah company dia je. ila boleh rujuk kat tix tu dia siap bagi nama penganjur cthnya warner bros ke camtu. enjoy ila!

Nia said...

uii,..congrats Wan..dpt X-men lagi..bestnyer!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tq wan pjg lebar penerangan..paham sikit..hehe

Wansteddy Tales said...

Trimas Nia :D

Wansteddy Tales said...

Baby ~ sori Ila. terlajak tulis lak. pening ila nk fhmkannya haha

ruha said...

SALAM,
nak tanya x silap dalam borang majalah nie tarikh tutup die 30 kan, saya rase saya x menang kot sbb baru je hantar, lepas tu mane yg selalu menang sms ker antar pos, wan pakai mane

Wansteddy Tales said...

Salam Ruha, alang2 dah beli, Ruha pos saja contest cosmo tu. sayang tak hantar. Setakat ni wan pernah menang dua2 jenis (sms dan pos). kalau sms contest biasanya penganjur akan email atau sms kemenangan kita. via pos pula selalunya kita kena tgu surat atau email. setakat pengalaman wan je tu. Untuk lebih kepastian, cuba Ruha tnya pada penganjur. Mungkin dorg sudi share info lebih tepat :) good luck ya Ruha :D

AcuRose said...

wooo.. byk tu hadiah. kan acu dah ckp wan, ni dah kira tiap hari gud news nih..tahniah lagi dan lagi :)

Anonymous said...

Salam Wan,

Hehe...I'm one of your silent reader..suka baca citer2 pasal kemenangan u..sangat teruja..melihat hadiah2 yang u dapat..I start to join cosmopolitan punya sms contest since last year masa dlm pantang..tak tau..nak buat apa..From tat magazine also I dah dapat 4 kali kemenangan, yg latest 3rd prize winner untuk X-men: first class.Mmg worth sgt buying cosmopolitan magazine ni..Oo psl tix tu kena pegi TGV and redeem movie tix yer..baru paham tq wan.

Rgds,
Su

Wansteddy Tales said...

Trimas sudi singgah dan jadi pembaca blog wan, Su. Besar hati dapat tau ada yg sudi baca blog wan yg tak seberapa ni :) Tahniah atas kemenangan Su. 4x kemenangan kira banyak tu Su. Awal2 wan babitkan diri join contest magz ni hanya selepas 6 bulan kemudian barulah nama naik dan menang. menguji kesabaran dan pernah ada rasa frust nak join lagi. tapi demi tekad, nak ada perubahan dalam hidup. Wan usaha lagi. Alhamdulillah kalau ada rezeki tak kemana. Wan doakan kita selalu beroleh kemenangan ya Su, amin...

berkenaan tiket wayang, Su boleh rujuk pada tiket. Tak semestinya kena redeem kat TGV saja. Ada tiket yang Su boleh redeem kat mana2 panggung pun. Tiket jenis tu senang, kita tak kena stick dgn satu2 tempat je kan :D

Wansteddy Tales said...

Acurose ~ menang kecil2an saja Acu :D