Nuffnang

Saturday, July 2, 2011

Dolly Lady Gaga

Berjaga sampai pukul 5 pagi siapkan drawing ni. Aku dapat info pun saat akhir. Jadinya memang blur takde idea. Puas meng'google gambar Lady Gaga yang pelik, unik dan variasi tu. Kendian barulah masuk  mood drawing dan ilham nak design macam mana. Hasilnya, inilah dolly Lady Gaga ciptaan aku.

Cuba dapatkan ekspresi wajah Lady Gaga. Make up yang agak keterlaluan. Tapi itulah uniknya Lady Gaga ni. Penuh kejutan, dari make up hingga ke fesyen, lagu dan video klip. Persembahan pentas lagi. Pendek kata memang kreatif. Sengaja aku warnakan bahagian depan rambut dengan pink. Aku rujuk salah satu gambar Lady Gaga dengan yang warnakan rambut gini. Tapi style rambut lain sikit. 

Konsep lolita dengan warna keunguan agar masuk dengan tema penganjur, Ntv7 Breakfast Show. Kalau kita perhatikan fesyen Lady Gaga yang unik tu, macam-macam style ada. Melalui pakaian dolly ni, aku rujuk ropol-ropol seperti pakaian pengantin separa siap yang dikenakan Lady Gaga ketika persembahan pentas. Tambahan aksesori ringkas dan item seorang penyanyi ~ mikrofon. 

Harap-harap penganjur berkenan dengan design aku ni. Jom la join! Contest terbuka sampai hari ahad ni :)

9 comments:

SyUhAdA said...

gudluck ye..

p/s: susah x nk wat doodle nie?

Mama Zharfan said...

siyes sgt cun!! good luck tau!

ibu MZW @ farah idayu said...

terernye dia wat dolly...kagum2..nak order satu leh? (^^)

Em's Family said...

tak nak masuk sebab dah tau dah sape menang hehehehe, cantik maaa

Wansteddy Tales said...

Syuhada ~ Trimas Syu... sbnrnya xsusah :)

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ Trimas Kak Suziey

Wansteddy Tales said...

ibu MZW @ farah idayu ~ Trimas Farah, wat masa ni wan tutup order dulu. banyak sngt tak terbuat lagi ^^'

Wansteddy Tales said...

Em's Family ~ soal pemenang ni xblh diduga mira. nk2 design contest & creative. xsemestinya drawing cantik, kreatif kat mana penganjur. wan xtaruh harapan n. sbb pesaing lain pun hebat2 belaka

~dYaHaHa~ said...

kak wan, mine lukis tgn ajerrrr...hahah..mmg patot me kalah..haha! suka doll kak wan!