Nuffnang

Followers

Thursday, July 7, 2011

MRT logo Contest

Bagi yang berminat dengan rekaan logo, bolehlah sertai contest ni. Hadiah utama yang ditawarkan sebanyak RM10,000! Untuk maklumat lanjut sila layari laman web My Rapid Transit.


Caranya anda perlu merekabentuk logo dengan kreatif mengggunakan pen dan kertas atau mana-mana perisian komputer yang disukai. Masukkan typo MRT serta MY Rapid Transit di dalam logo. Upload hasil kerja di dalam laman web yang diberikan. Sediakan rasional logo dan perlu raih undi/VOTE.

Hadiah yang ditawarkan:
Hadiah utama: 1 x RM10,000
Hadiah saguhati: 20 x RM2000

Contest ini berlangsung sehingga 3 Ogos 2011

Jujurnya aku kena pertimbangkan sama ada nak join atau tidak. Kan aku bab voting contest ni ada sedikit sebal nak join. Hahhaha... Aku memang banyak kelemahan bab merekabentuk logo. Takde keyakinan langsung rekaan aku akan terpilih. Bukan merendah diri, tapi itulah hakikatnya. Harap maklum.

Teringat masa aku ditugaskan merekabentuk logo Jabatan sekitar tahun 2005/2006 lepas. Aku memang takde idea. Maka rekaan aku secincai yang mungkin. Tak ingin nak kongsi dengan final design lain. Tapi didesak-desak juga kononnya nak perbanyakkan rekaan masa presentation. Akhirnya logo design salah sorang staff diguna pakai sampailah sekarang. Abang ni memang pro bab design logo. Banyak kali menangi contest rekacipta logo. Maka tak hairanlah kalau designnya yang terpilih.

Berbalik pada contest ini. Aku kena fikirkan dulu konsep yang besh. Selalunya proses berfikir tu makan masa lama... Lama sungguh! Dan akhirnya aku lupa terus nak teruskan projek bertangguh gini hahahha... Kalau, kalaulah aku terjoin, korang tolonglah vote dan doa-doakanlah aku menang. Tak dapat nombor satu, saguhati pun jadilah.... Joget setempat! Nget nget nget... Hhahhahaha.... Mode berangan :P

7 comments:

Mama Zharfan said...

saguhati pun lumayan tu :)

Wan_hazel said...

akak join je...tapi tulah kan..kontes vote nie.berat seblah

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ teka sapa yg boleh menang? yg smart design pn blm tentu menang kalau main vote2 cntest ni heheh

Wansteddy Tales said...

Wan Hazel ~sbb syarat vote cnts tu la menggandakan mood malasss nk join tu haha

Azlina said...

sy pun tak suka masuk contest yg perlukan vote..cam tak aci jerkan...

Wansteddy Tales said...

Lin Azlina ~ dulu2 Lin, akk peratikan cntest vote yg akk join lebih telus. org yg tolong vote ni jujur. Bukan vote kawan, tp vote mana2 design yg pd dorg cun. kawan xkawan la. Tp sejak ramai yg bijak pandai gunakan taktik raih vote. akk tgk konsep vote ni mmg dah xblh digunapakai. xkisahlah cntest FB ke contest luar ke. Sama je. Dua2 guna taktik yg xjujur. sbb tu klu kita tgk pemenang yg xlayak boleh menang kita dah xboleh kata apa. n ramai yg diam je. sbb yg diam tu pn 2x5 terlibat sama! hahahah...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kalau wan join nanti ila vote ya