Nuffnang

Followers

Thursday, August 25, 2011

Selamat menyambut Kemerdekaan ke 54 tahun

Sedang kita bersukaria ingin menyambut bulan Syawal. Menyediakan pelbagai persiapan raya. Bulan merdeka ini usah dilupa. Bulan inilah masanya kita menghayati erti kemerdekaan lebih dalam lagi. Bulan inilah yang mengenangkan kita pada jasa-jasa tokoh negara yang banyak memperjuangkan nasip nusa bangsa disamping membangunkan negara. Syukur alhamdulillah... kita masih hidup aman damai bernafas dalam negara yang merdeka ini.

Sempena bulan kemerdekaan, aku rekacipta beberapa bentuk header baru. Simple saja. Namun yang mudah itu lebih senang difahami dan dihayati. Setuju? Kenapa gunakan 3 bangsa? Melayu, Cina, India adalah bangsa majoriti termasuklah Sabah dan Sarawak. Tanpa sokongan dan dasar saling hormat menghormati sesama kita, perjuangan merdeka ini tidak akan berjaya. Marilah kita sama-sama hayati erti kemerdekaan sebenar. Buangkan perasaan diskriminasi dan perkauman. Amalkanlah Rukun Negara!

Terdapat dua design dihasilkan. Pada mulanya nak buat sebuah dolly semata. Tapi rasa tak lengkap pula. Walaupun ini memanglah blogku, rasanya lebih manis andai dikongsikan bersama. Justeru aku masukkan dua bangsa iaitu cina dan india menggambarkan kemakmuran.

 Sebelum

 Selepas

Kita mengenang peristiwa bersejarah yang lalu. Kita harapkan lebih banyak kemajuan dalam negara pada masa depan. Namun hakikatnya pada masa kinilah yang perlu diutamakan. Sama-sama terapkan dalam diri, semangat 1Malaysia! Hayati Rukun Negara. Kibarkanlah jalur Gemilang. Kerna kita anak Malaysia, jati diri rakyat terbilang! Salam Hari Kemerdekaan pada semua rakyat Malaysia!

9 comments:

eim said...

cantik design2 wan buat tu ..salam aidilfitri dan salam merdeka utk wan dan keluarga ...

AcuRose said...

haa..kan baru sebut2 tdi pasal design wan. dah kuar pun merdeka version. Superb lah wan. yg widget awek sebelah tu leh share tak wan?

Wansteddy Tales said...

Terima kasih Eim. Salam aidilfitri Merdeka juga buat Eim sekeluarga ya :D

Wansteddy Tales said...

Hahah... boleh je acu... sblm habis mngu ni try siapkan dulu. pening kepala ni bnyk sngt benda nk buat terbikin lagi. org dah mood nk balik kampung! hahaha... boleh boleh url ni acu ;)

http://i296.photobucket.com/albums/mm185/wansteddy/wansteddyDolly-1.png

Unknown said...

Waaa, blog merdeka! Cantiklah wan, ada semangat kemerdekaan di sini...I likeee ;)

Selamat Hari Merdeka!

Ucapan Aidilfitri dari BabyIntan…
~Salam Lebaran 2011 from BabyIntan~

Wansteddy Tales said...

BabyIntan ~ Warga Sagi mmg semangat patriotik ;) hehehe

Wan_hazel said...

kak wan...cantek..berbilang bangsa lak...semoga akan menang...and wan pun nak menang..eheheh..wan no 1 akak no 2..ahahaha...gurau je kak..p law betul pun..boleh jugak..amin...


gd luck kak

Wansteddy Tales said...

Wan Hazel ~ akak doakan wan menang besar kali ni. Design wan mmg superb! Good luck ya Wan. still berhutang dgn wan entry psl kad raya :D

Wan_hazel said...

hehehe..a ah lah kak..akak masih berhutang entri kad raya...hehehe...akak jugak semoga menang