Alhamdulillah.. terima hadiah yang sangat mengujakan. Hamper Crabtree & Evelyn bernilai RM200! Ini hadiah keempat produk Crabtree & Evelyn aku terima sepanjang aktif sertai pertandingan. Hadiah ini sempena sertai contest Marie Claire promosi bulan Mei 2011.
Bagi penggemar haruman Crabtree & Evelyn pasti sudah tahu kualiti produk ini. Ia bukan calang-calang haruman. Tahan lama dengan aroma memikat kalbu. Sampai sekarang aku masih menyimpan botol minyak wangi yang aku terima dulu sebab sukakan harumannya. Lembut tapi manis dan tahan lama.
Sabun buku Rosewater. Pakaging menarik dan romantis. Harumannya pun memikat. Kalau letak kat satu sudut pun dah memadai. Ala-ala letak aromaterapi gitu.
Body Lotion Rosewater. Teksturnya selembut baunya. Macam pakai minyak wangi, harumannya lekat di badan. Memang besh sangat...
Bagi penggemar bedak tentu suka produk ni.
Terima kasih banyak pada penganjur, Blu Inc! Memang besh terima hadiah yang diidamkan. Semenangnya aku pernah target nak dapatkan Crabtree & Evelyn Rosewater ni. Alhamdulillah tahun ni termakbul impian. Syukur... Berikut entry menang produk Crabtree & Evelyn terdahulu:
8 comments:
Tahniah Wan,..dpt hadiah2 yg best2 skrg yer.bau wanginya dh sampai ke umah k.atie nih!
cantik bungkusan dia...
tahniah sis
tahniah wan..
wan ila takde mood lagi gara2 smlm.. selalu bila beli majalah berkobar2 isi form..ini biar je majalah tue tergolek kat bawah katil..tgula mood datang balik..
Azatie sayang ~ ala kak atie... Hadiah majalah sajalah yg wan dapat setakat ni. Itupub syukur sngt alhamdulillah... Rezeki bnyk ni tuhan dah bagi.
Lin Azlina ~ Trimas Lin ^^ Akak suka semua bentuk pakaging C&E. Cantik n lovely kan ;)
BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ aduhai... jgn patah smngt Ila! Teruskan berusaha. anggap saja tu dugaan join contest. Insya'allah lepas ni Ila akan hadiah lebih grand dari yg biasa. Amin...
siyes sgt besh tu!! congrats!!
hye. congrats menang crabtree :) nak mintak tips untuk menang contest. apa tips kak wan? ;) specially magazine marie claire ni.
Post a Comment