Jumaat lepas, sempat aku kisahkan tentang percutian di Ipoh melalui entry Makan angin di Ipoh. Sebenarnya percutian ditaja oleh FOMCA sempena memenangi tempat kedua melukis poster grafik peringkat umum. Hadiah yang ditawarkan cash bernilai RM1000! Alhamdulillah...
Kita ulang citer... petang jumaat lepas kerja, terus rushing ke Ipoh. Bertolak jam 6 petang jam 12 malam barulah sampai ke Hotel Syuen gara-gara jem teruk KL - Ipoh. Mungkin ramai yang target balik kampung sempena nak sambut 1 ramadhan. Dah lewat malam pun mata anak dara ini segar bugar. Siap explore bilik macam mandur dan layan TV drama Tamil sorang-sorang! hahahha....
Kesannya, keesokan hari mengamuk tak nak bangkit tidur! Damia ni sejak kecik, pantang tidur di hotel. Nyenyaknya bukan main. Liat sungguh nak bangun.
Dengan bermasam muka pun, ikut jugaklah ke majlis berkenaan. Mujurlah di sana Damia tak buat perangai sangat. Tolak efek melalak sebab tengok mummy atas pentas! hahhaa... Dia sangka aku nak tinggalkan dia la tu. Sabar je la...
Bersama tetamu VIP yang menyampaikan hadiah. Menerima cek replika berserta cek sebenar dan sijil penyertaan. Alhamdulillah... rezeki buat tahun ini.
Setiap tahun memang aku sertai contest-contest yang aku sukai. Paling utama contest melukis kartun. Pernah mendapat 4 kali hadiah utama (no. 1,2,3) sepanjang penyertaan. Dan hadiah sguhati setiap tahun. Namun gara-gara tidak mengikut syarat yang ditetapkan, contest kartun tahun ini tak memihak pada aku. Aku sendiri memang tak terfikir menang dah tahun ni. Syukur alhamdulillah, ada juga bahagian aku melalui contest melukis poster grafik! Rasa berbaloi kerah idea dan melukis saat akhir. Pelaburan untuk contest ini? RM50 sahaja untuk print out poster grafik tersebut. Tahniah juga pada rakan sekerja, Abang Masran yang memenangi hadiah saguhati. Salah seorang otai kartunis opis yang berbakat dan berpengalaman :)
Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas. Keputusan Pertandingan melukis poster grafik umum. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman ini: http://www.mypengguna.com/
22 comments:
tahniah..
tak rugi ada bakat camtue kan..
dapat gak hasil yang berbaloi2..
Tahniah Kak Wan. murah rezeki akak. hehe. :)
alangkah bagusnya jika saya ada bakat melukis macam wan... heheheheh.. anyway tahniah...
untungnya sis berbakat nk melukis grafik..tahniah byk2 sis
congrats wan!! bertuah u sbb berbakat dlm bidang art :)
congrats ye.. n salam Ramadhan~.. ^_^
amboi.layan citer tamil yg xtahan tu.hu3
wahhhh bestnya.... tahniah ya...
Cute MuM ~ Trimas Uyun :) Hadiah banyak short tahun ni sbb penganjur buka banyak jenis contest, apa pun alhamdulillah... dpt Top 3 dah memadai :)
Memo_Hazel ~ Trimas Cik Memo, kadang-kadang rasa cam kejarkan dunia sngt hakak ni huhuhu...
Nigina ~ Bakat yg Nigina ada belum tentu wan ada, dan tentunya wan rasa inginkan bakat yg sama. Trimas Nigina :)
Lin Azlina ~ trimas Lin, dua tahun akak cuba contest base grafik, alhamdulillah dua2 lekat. tahun lepas dapat saguhati saja :)
Mama Zharfan ~ trimas kak suziey, art ni luas, wan punya part tang grafik n hand drawing bolehla... nk buat 3D atau flash design myb xmampu. boleh, tapi kurang cekap :D
Nisa' Azman ~ Trimas Nisa, salam ramadhan buat Nisa sekeluarga juga :)
aleen aiden ~ dia layan jer semua cerita asal masuk kepala dia hhahah
Mia Liana ~ alhamdulillah... trimas Mia :D
tahniah wan.. uhhh penatla asik cakap tahniah bila masuk blog wan..kiki
okla tukarla.. "baju wan warna kelabu tue cantikla"
taniah kak..leh lah bagi kad raya yang ade bunyi kat wan nie..ahahah..gurau je...pape pun akak memang berbakat dan murah rezeki..
Salam. Tahniah Wan. Kagum sangat dengan Wan dan juga Kak Suzie. Selalu sangat menang hadiah. Beruntung sebab dikurniakan bakat semula jadi.. so jangan disia-siakan.
wan, mintak izin pinjam gambar wan menang contest boleh ye?? nanti dah siap ila bagi link
BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ Trimas Ila, antara supoter terbaek wan dalam dunia comping ni :D
Baju itu diberli di SOGO, pecah lokasi hahaha... kalau ila beli, leh pakai bersama secara boria, ewah! ;D
Amikla Ila, tapi tacap bagi lawa2 dulu eh! hahahah
Nur-nba ~ Trimas Nur, comping arena ni luas sngt. Cumanya masa nak peruntukkan utk join cnts saja yang agak terbatas ;)
Post a Comment