Nuffnang

Followers

Wednesday, August 3, 2011

Bersiaran dari jalan raya

Dah lamaaaa rasanya tak menulis. Last menulis masa dalam perjalanan balik kampung sabtu lepas. Tah macam mana tajuknya saja terhidang, isi cerita hilang tanpa dapat dikesan.

Berharap dapat sampai ke opis lebih awal dari selalu. Bersangka baik kaum muslim pergi kerja awal lepas bersahur. Dan jalan raya pun jadi lenggang... Tapi... Macam biasa juga, jem tetap jem. Kereta, bas dan motor amalkan cilok mencilok macam selalu. Kadang-kadang raya berbulu je tinggal kat KL ni atas faktor-faktor inilah. Semua orang ada kereta.. Mana boleh simpan buat besi buruk kan hahhah.... Sebenarnya inilah sindrom 'hakak baru balik dari kampung'. Meroyanlah semacam.

Belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan bulan kemerdekaan. Semoga kita beroleh rasa bahagia, ibadat yang lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya dan rasa bersyukur dilahirkan di negara Malaysia yang aman ini, amin...

2 comments:

CaDLyNN said...

selamat berpuasa untuk wan sekeluarga juga :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

semoga kita dapat beribadat dgn tenang semasa ramadan .. amin!!