Nuffnang

Followers

Wednesday, August 10, 2011

Won The Malaysian Women's Weekly Lucky Draw!

Menangi hadiah dari The Malaysian Women's Weekly. Kali ini lucky draw. Aku pemenang minggu pertama. Tak sangka betul! Aku sebenarnya terbaca komen yang Kak Ayu Arjuna titipkan pada Kak Suzi pasal lucky draw ni. Aku dah beli sebelumnya lagi,  pulun le mencari bagai nak rak resit yang hilang tah ke mana. Nak jadi rezeki sebenarnya, resit tu aku still simpan lagi. Sms dan tawakal... 

Alhamdulillah sekitar dua minggu lepas terima panggilan dari wakil The Malaysian Women's Weekly menyatakan aku pemenang minggu pertama. Serius sebenarnya aku blur ini contest yang mana. Pastu tak tahu menahu bentuk hadiahnya. Jujurnya memang ginilah tabiat aku. Kalangan kawan-kawan rapat faham benar peel aku. Aku join contest mana yang aku rasa suka dan ngam saja. Tak terfikir nak tengok hadiah. Kadang-kadang tengok jugak, pastu lama-lama lupa, haih.... Lepas habis panggilan, susup sasap  aku cari majalah keluaran Julai 2011. Hadiah yang ditawarkan untuk 10 pemenang, cash bernilai RM50! Alhamdulillah... rezeki! Lebih dari balik modal beli majalah untuk satu keluaran. Besh kan!

Terima kasih banyak pada The Malaysian Women's Weekly dan warga ACP Magazine! Teringat masa ambil hadiah Harry Potter dan Revlon kat ACP office baru-baru ni. Penyambut tetamu yang comel dan mesra masa tu siap cakap... "Oh... sekarang baru saya kenal siapa tu Wan Hairulshifah..." ----> aim penghantar form contest tegar! hohohooo... Trimas sekali lagi!

Hadiah belum terima. Kena tunggu surat tawaran tuntut hadiah dalam masa terdekat. Alhamdulillah ;)

2 comments:

Mama Balqis BluePinkBaby said...

Tahniah wan...murah tul rezeki bulan puasa nih!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bestnye.. wan ila menang cosmo pulak nanti ila upload