Nuffnang

Followers

Tuesday, September 20, 2011

Flower Girl, Party Princess Dress

Raya lepas belikan gaun untuk Damia selain baju kurung. Gaun tu pilihan aku, ayahnya yang sponsor. Tapi dah lama gambar ni dalam folder, lupa nak upload. Dua pilihan aku keduanya berwarna putih. Nampak sweet je walaupun patern baju ni simple sesangat.

Gaun Party Princess beli kat butik Party Princess, KLCC. Macam rekaan ballerina kan. Kebetulan Damia suka tengok Angelina Ballerina di Disney Junior. Maka terlintas nak belikan gaun ni. Setakat ni Damia belum pakai lagi gaun ni. Tiap kali nak pakaikan, rasa tak sesuai dengan tempat yang nak dituju pula, hahah... Aku perincian kain net dan reben dihias bunga kecil-kecil tu.

Gaun Flower Girl, dibeli kat butik Anakku Selayang. Gaun pertama yang Damia pakai masa majlis cukur jambulnya ketika berusia 2 bulan dulu pun jenama Flower Girl. Comel sangat rekaan Flower Girl ni. Damia pakai saja terus menari-nari sebab suka pada kembang kain yang melentuk-lentuk waktu berpusing-pusing. Ada gambarnya pakai gaun ni masa majlis hari jadi atok, pakcik dan paksunya raya lepas. Tapi belum sempat copy dalam thumbdrive. Nantilah dalam entry baru, aku share gambar itu :)