Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, September 19, 2011

Rambut Damia semulajadi macam tu.

Bukan gambar terkini. Dalam sebulan lepas punya picca. Tapi inilah dia Aliya Damia. Rambut tobek-tobek hasil tangan aku. Tak pernah bawa ke saloon. Sebab bimbang Damia tak bagi kerjasama masa nak gunting rambut. Cumanya bila diajak gunting rambut ke saloon, beria dia angguk kepala nak pergi. 
 
Rambut Damia memang semulajadi perang. Asalnya, masa baru lahir, rambut Damia hitam pekat. Kerinting tu maintain sejak lahir :) Lepas cukur jambul dan cukur sekali lagi sebab eczemanya dulu. Rambut Damia terus tukar warna jadi perang. Kadang-kadang bila pertama kali orang tengok, tak tanya ke apa ke terus cakap, "emaknya warnakanlah tu..." Banyak kali gak dengar desas desus macam tu. Jenis yang cover mulut tak pe jugak. Ni ada yang memang jenis berterus terang. Tak segan silu perli-perli sengaja nak bagi aku dengar. Motif? Aku pun tak paham. Aku tak ambil pusing pun, terkilan pun tidak. Apa nak kisah. Bukan aku buat salah. Dah sememangnya rambut anak aku macam tu, perang dan ikal kerinting. Bukan aku rajin nak warnakan dan blow up rambut anak pun, hahaha....

Sekarang nak tak nak aku menahan diri dari potong rambut Damia. Memanglah Damia kurang selesa. Nak-nak Damia memang tak suka ikat rambut. Jap je ditocangkan, pastu dia tarik-tarik bagi menyerebung semula. Naik kembang-kembang rambut dia, tak bagi sentuh. Neneknya minta jangan dipotong. Nak tengok cucu perempuannya ni jadi ladies sikit. hahhaha... Okeylah, kita tengok selama mana rambut Damia boleh panjang. Jujurnya aku sendiri rimas tengok rambut Damia kurang terurus. Tapi tingin gak nak tengok anak sendiri berambut panjang ^^'
 
Sindrom standart bila terlalu lama bercuti. Anak mengamuk tak nak ke taska. Semalam Damia tidur kejap je. Dalam perjalanan balik dari Putrajaya ke KL dan sejam lepas tu terjaga. Ajak ayahnya bermain sampai ke pagi buta. Tak tidur sampai subuh. 

Bila aku bersiap, pakai baju kurung. Standart la baju kurung baju rasmi ke pejabat. Damia puji melambung. "Woa.... 'antiknya  (cantiknya) mommy.... Cantikkk Miiii...! (singkatan mommy)" dengan muka jujur je  puji-puji kat aku sampai aku rasa terharu benam terus dalam hati huhu... <--- Dasar pompuan mudah terharu! hohoho...

Siap tolong aku lipat-lipat tempat tidur. Angkut bantal dan selimut dengan kudrat kecilnya. Usaha nak bantu aku mengemas rumah. Senang pula diajak mandi dan bersiap. Masa nak pakai baju berjoget-joget sambil humming lagu Old McDonald bagai nak rak. Yang jelasnya ayat "Eya eya yoooo" je... lirik lain hentam kromo! hahahha...

Bila tersedar dia pakai baju biasa (nak ke taska) terus mengamuk nak 'baju jalan'.  Terpaksalah tukarkan juga pakai baju baru. Barulah berhenti nangis. Mood happy semula. Tapi Damia dah hafal jalan ke taska. Nampak saja kereta nak masuk lorong taska, mulakan sessi amukan semula. Sudahnya masa hantar ke taska tadi meraung-raung nak ikut ke pejabat. Agaknya dia ingat mommy dan ayahnya nak keluar berjalan. Sedish pulak hatiku :(

3 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

alehai, biasalah ragam anak pepagi buta....samalah kita...

Em's Family said...

makin besar makinnn lah muke Wan Damia ni.. same lah macam emir, kalau lame sangat cuti macam2 la alasan dia.. alasan tak pe ni kadang2 berguling tak mo masuk kelas

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

penah ila jumpa anak2 semua rambut perang.. ila cakap cutenye... awak rambut perang ke?? dia kata tak.. tapi setiap kali prgnt dia gila pakai inai..tup2 anak jadi rambut perang haha