Nuffnang

Followers

Wednesday, September 7, 2011

Hadiah-hadiah yang diterima selepas raya :)

Dah lama tak menulis! Biasa tu tinggal sehari dua je. Tapi kali ni 5 hari tanpa satu entry pun. Ada tu tersimpan dalam draf. Hasil nukilan guna iPhone. Kengkonon nak edit balik guna komputer. Sampai kesudah tak betulkan karangan. Jujurnya aku sungguh MALASSSS nak berblog!

Dua bungkusan besar hadiah dan beberapa pucuk surat hadiah. Bungkusan tu siap jadi bahan kontroversi pulak. Kengkonon  bahan 'suapan'. Sebab hantar kat pejabat. Cizzz! Bebudak ni kalau nak menfitnah lancar je mulut kan.... Taklah... dorang bergurau je kot... Kita bersangka baik je la ek...  Memang sekarang terpaksa hantar hadiah kurier ke pejabat. Sebab takde orang kat rumah. Leceh pulak kalau dapat surat kurier, nak kena pergi ambil sendiri kat pejabat kurier. Yang itu hadiah sempena join contest Garnier. Nantilah aku bukak dan share dalam blog. Malas nak belek-belek buat masa sekarang, hadiah kecil-kecilan saja :P

Buat sementara tengok je la kiriman surat yang diterima lepas pulang dari beraya di kampung baru-baru ni. Semua hadiah belum dituntut dan belum di cash in kan (hadiah dalam bentuk cek). Ada hadiah yang sempat diambil sebelum pulang beraya lepas. Selonggok duduk tepi meja. Belum ambil gambar dan tak sedia nak upload lagi. Sekali lagi, faktor malasss berleluasa.

Apa pun syukur pada Tuhan... Mudah-mudahan rezeki bertambah lepas ni. Alhamdulillah... hari ini dapat dua panggilan berkenaan menang hadiah. Dan terima sebuah email kemenangan. Cerita kendian harilah ye...

8 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wan.. tumpang happy tengok hadiah2 wan.. ila bukak peti surat ila.. cehhhhhhh surat hutang adalah haha

Wansteddy Tales said...

Trimas Ila, surat tuntut bayar itu ini pun ada jugak hahaha... tu yg fedap tu :P

Ibu Emir said...

phewiwttt.. share cepat.. nak tau :D

Wansteddy Tales said...

nak berblog pun malassssh sesngt skrg ni... faktor xsihatlah sama ni...

Mama Zharfan said...

byknya surat2 kemenangan tu :) congratsss :)

Soo Bakery said...

beshhnya dpt hadiah lepas raya :)
Congrats Wan !

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ semua blm redeem lagi. bz benar skrg ni ><

Wansteddy Tales said...

Soo Bakery trimas su, jom la cuba sama Su. mana tau lepas ni giliran su jugak menang mcm2 besh2 ;D