Aku jadi geram baru-baru ni bila dapat tau kenalan rapat aku kena tipu hidup-hidup dengan skim MLM untuk cepat kaya! Pertama aku jadi geram kat dia la, menggatal sangat cuba-cuba skim gila ni. Kengkonon boleh hidup senang dengan pelaburan sikit. Boleh jadi jutawan dengan ribuan RM je. Haih... Keduanya dan yang paling utama. Aku sangat-sangat sangat geram dengan pencinta MLM penipu yang gunakan kaedah pujuk dan paksa ni.
Jujurnya dalam hidup ni takde benda boleh dapat dengan mudah. Join contest pun ada cabarannya. Kena isi form, cari idea slogan, design dan lain-lain. Lepas tu tunggulah kalau bernasip baik, bolehlah menang. Kalau kalah, cuba dan cuba lagi, usah mengalah. Yang penting usaha, doa dan tawakal tak luntur. Sama macam kerja hakiki. Dan kerja tambahan. Istikamah dalam urusan kerja demi sesuap nasi. Kalau nak pakai handbag Gucci, usaha lebih lagi cari pendapatan lain. Harta tak kan turun dari langit macam-macam tu je. Duit tak boleh kita kepak-kepakkan macam kipas dengan pelaburan sikit. Dan mustahil masuk duit ribu-ribu hanya dengan menghadap facebook 24jam! Silap haluan, duit pelaburan kita tu penipu ngap, kita yang melopong sakan! Manusia tamak ni boleh buat macam-macam cara nak menipu. Pujuk rayu, paksa dan lain-lain lagi.
Aku jadi geram nak masukkan gambar penipu tu dalam blog ni. Sebab gambar, nama dan nombor telifonnya terpapar dalam majalah terkenal. Kalau aku sebut, semua pasti tahu. Malah tiap-tiap bulan ada-ada je testimonial baru yang dipaparkan. CEH! Kengkonon dah berjaya gondol wang ribuan ringgit. Mewah dan sebagainya. Yeeee... mewah dengan hasil duit MENIPU! Tapi aku bimbang dorang ni guna gambar orang lain. Kes-kes menipu ni kan macam-macam. Boleh je taruk gambar tah minah mamat mana, mengaku itu dia. Tak pasal-pasal dorang tu pula jadi mangsa penipuan dorang ni. No kontek dorang? Bagi 3 nombor. Ketiga-tiganya dah tak wujud lagi macam dulu. Kalau dulu, sebelum dapat duit. Beria hubungi hari-hari. Yakinkan mangsa, nombor tu nombor yang asli. Hakikatnya? Dah dapat duit, nak buat apa pakai lagi? Beli saja nombor lain. Cari lagi mangsa baru. Tipu tipu dan tipu lagi sampai puas!
Biar buncit busunglah perut kau makan duit haram. Mangsa-mangsa kau dok menyumpah hari-hari. Kaya harta benda pun tak guna kalau hati gundah gulana. Jangan nak tipulah korang happy sebab dah kaya-raya. Manusia tamak dan hati keji ni ALLAH tarik nikmat darinya. Di dunia saja bolehlah berlakon gembira, esok kat akhirat menjawaplah macam mana.
Aku emosi bukan kerana aku yang terkena. Aku sendiri beli produk MLM. Tak semua berunsurkan scam macam ni. Tapi korang pandai pikirlah nak sertai yang mana. Jujurnya aku join Premium beautiful pun sebab nak beli produk dengan harga ahli. Siap pulang balik rebet/bonus untuk diri sendiri. Orang lain dok cerita produk ni scam la apa la. Gasaklah! Yang penting aku dah dapat harta PB aku sendiri. Soal aku nak berniaga atau tidak, lain cerita. Yang pasti kalau aku jual, bukan atas dasar menipu macam skim cepat kaya aku sebutkan di atas. Dan ya, aku tak jual PB. Aku bukan agen PB. Terlibat dengan MLM? Tidak sesekali.
Harap maklum :)
5 comments:
sebab tue ila tak pcaya skim cepat kaya.. skim cepat kaya pada ila berbeza dgn mlm.. skim cepat kaya bagi duit pastu tak lama lagi duit tue brganda .. selalunya 2/3kali je dapat tapi lepas tue gerenti tak dapat dahhhhhhhhhhh
nak duit kena usaha bukan masuk skim sana sini..ila dah tgok contoh depan mata..last2 menangung hutang personal loan sbb nak masuk skim cepat kaya.. buat apa?
Kes ni bukan benda baru. Malangnya masih ada yg terpedaya. Masih ada yg mudah nk hulur duit sendiri pada penipu ni. Fahamlah dlm ekonomi skrg mmg kita perlukan duit. Tp kalau desakan boleh jadi beban mcm ni. yg berbalik rugi kat diri sendiri juga. Duhai... wan jadi bengang sngt2 smbil gegel kaki tangan bila ingat2 balik.
sy penah kne tarik ngan kwn buat keje MLM ni..tp sy xde la percye..bnde ni pn dah terhebah kat semua tempat..sy pk sy masih blaja, tp dah nak jdkan MLM ni keje tetap cm kwn sy tu..mmg nmpak la dia "kaye"..memang x kot MLM ni..sbb xbrpa pasti dgn sumber duit tu kan..
misyamissyou ~ kaya kat dunia belum terjamin kat akhirat. nk2 wujud unsur penipuan cmni. sah2 mkn duit haram :(
suami saya sendiri masuk smart media rm1300 tp x dpt downline duit burn x dpt blk.sudahlah surat htm pth xda.sng2 nk tipu duit org,lps tu sng2 jd kaya.redha tp kat akhirat jwb kat sana minta pulang duit mcm2 alasan bg
Post a Comment