Nuffnang

Monday, November 14, 2011

Damia Ballerina

Damia suka kartun Angelina Ballerina. Suka buku-buku Ballerina. Dan ada sehelai baju ballerina siap dengan stoking. Dan ada sehelai tutu kegemaran. Kelakarnya Damia suka menari ballet dengan rujuk kat buku ballerina dia. Pandai pula dia ikut step by step tu hehe...

Hari kami nak pindah ke Putrajaya, aku sempat ambil gambar Damia dengan pakaian balletnya. Tujuannya nak jadikan gambar passport Damia. Tapi mek kecik ni kena ditawarkan sesuatu barulah nak bagi kerjasama secara sukarela. Sebab tu aku pilih gaun ni, sebab Damia suka bergaya dengan baju cantik-cantik. Tengoklah aksi Damia ni. Dalam folder, penuh dengan aksi-aksi Damia. Sebabnya nak ambil gambar duduk tegak tu kemain seksa. Ada-ada je aksinya. Muncong mulut, cebik bibir, palingkan muka. Dan mujurlah dapat juga sekeping gambar yang sesuai. Tu pun gegar sikit. Itulah payahnya ambil gambar anak dengan kamera digital ya. 

Bila la nak dapat DSLR sendiri ni yeh hohoho....

2 comments:

Cho Zila said...

damia suka yerk kat ballerina.. mama dia layan ajerlerkan...

Devi da Lil' DeviL said...

alahai cute nya damia. cuba contest 7e, ada DLSR sebagai hadiah..:)