Nuffnang

Followers

Friday, November 11, 2011

Won Olympus PEN Tote Bag

Hadiah yang paling tak disangka sebenarnya. Bukan sebarangan contest. Tak perlu isi form. Tak perlu jawab soalan sebagainya. Hanya kena duduk dan pecahkan belon! Ahahha... Ya... Kisah benar ni. Dan pemenangnya hubbyku serta 2 pemenang lain. 

Nak jadi rezeki sebenarnya. Kebetulan sekitar 2 minggu lepas ada pelancaran produk Olympus PEN kat MidValley. Waktu dah nak masuk petang hari. Kebetulan kami nak naik ke tingkat atas ikut esklator kat sebelah MPH tu. Kat situlah majlis berlangsung. Tiba-tiba aku nampak ada seorang hos perempuan tengah test-test mic. Aku agak mesti dia nak lancarkan sesuatu. Kalau ada lucky draw besh jugak. Sudahnya aku minta hubby tangguh dulu naik ke atas. Aku nak dengar dulu tawaran contest yang nak diwar-warkan. 

Sekali tepat tekaan aku. Ada acara pecahkan belon. Siapa dapat pecahkan belon dengan sekali duduk, dia disahkan pemenang. 3 peserta bertuah je. Bila hos tu ajak-ajak pelanggan lalu lalang join, takde sorang pun berminat. Memasing tersengih-sengih macam kerang busuk. Maybe sebab malu kot nak mencuba. Nak tengok orang lain berani cuba dulu. Sudahnya aku pakse hubby join. Hubby tengah dukung Damia, dalam blur-blur tu join jugak. Damialah paling terkejut tegok ayahnya. Siap bagi tepukan gemuruh lagi tanda sokongan. Ekeke... Dan dapatlah kami hadiah ni... Sebuah tote bag Olympus PEN yang sangat cun!

Smart design dan kualiti sangat. Kalau Damia tengok tote bag ni mesti dia sibuk bercerita kisah "ayah pecahkan belon" dengan penuh semangatnya. Memang patutlah anak bangga dengan ayahnya. Masakan tak, hubby ni quit pemalu gak sebenarnya. Mujurlah dapat bini sadis jenis pendesak macam aku ahahha... Gila contest punya pasal ^^

4 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

i wonder, hadiah2 yang belambak tu you guna ke yang?

kalau tak TERguna, mai la passss kat jiran atas ni.. hahahaha

Mama Zharfan said...

hehe cutenya citer pecahkan belon ni :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hubby ila lagi kelakar pernah menang beg balik kampung yg sangat berkualiti.. wan tau kena buat apa?? kena menari..adoiiiiiiiiiiii bila dia balik dia cerita dia menari ..pecah perut ila.. dia kata dia tak malu sangat sbb ramai yg menari .. tapi kalau ila... mmmm..idakleeeeeeee

Wan Amira said...

Tahniah to ur hubby.. kalau laki mira huuhu tak mau punye..