Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, November 15, 2011

Won Blackmores our best moments Contest

Alhamdulillah.. terubat luka join contest base vote. Banyak sebab aku bengang dengan voting contest ni. Syarat nak kreatif, tiba-tiba pemilihan pemenang nak yang point tertinggi. Syarat nak vote tertinggi, bila point aku dah tinggi, tiba-tiba kata pemenang dipilih berdasarkan kreativiti. Terkena untuk dua contest brand berjenama. Aku dah jadi cukup cukup serik. Rasa nak menjerit katakan "MANA ADIL!!!" Tapi apa kan daya... kita peserta, dorang penganjur. Kita join saja. Dorang yang nak bagi hadiah. Soal bias ke, apa ke tolak tepi. Malas nak kata apa-apa. Bukan hak kita nak menang. Tuhan yang rancangkan soal ganjaran untuk kita. Setuju?

Jadinya bila menang contest base vote kali ni. Aku ternganga! Memang tak sangka. Dah lama tak ambil tahu pun pasal contest ni. Sebab aku yakin sungguh.... "KALAH PUNYELAH..." Tapi kalau rezeki tak ke mana. Sungguh pun nilainya tak besar, namun rasa besar hati gak menang ni. Aku rasa, akhirnya.... ada juga penganjur yang tak berat sebelah. Syukurlah. Kemenangan kecil ini membuahkan harapan sikit dalam hati. Mudah-mudahan krisis frust nonggeng aku berlalu pergi. Cukup-cukuplah mogok contest ni ahahah...

Terima kasih pada Juliana Juelee yang maklumkan tentang kemenangan ni. 20 pemenang saguhati hati bakal menerima token girt dari Blackmores termasuk 2 tiket wayang bernilai RM80. Ikutkan aku tak setuju gambar ni yang menang. Sebab aku ada letak gambar lain yang lebih senonoh. Idaklah muka aku tersengih macam kerang busuk sambil berlari tu kan ahahha... Tapi mungkin ada tuah dengan gambar ni. Walaupun hanya 94 orang je yang sudi vote. Tapi dapat gak menang conso. Alhamdulillah... 

Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi vote. Apa perasaan menang vote contest? Syukur.... Namun dalam masa yang sama, saki baki serik ini buatkan aku kena berfikir berpuluh kali kalau tergedik nak join vote base contest lagi. Cukuplah dengan peel kawan-kawan yang main tipu. Kata dah tolong vote, kita bantu dia, dia buat dekkkk dengan entry kita. Ah! Usah emo-emo... Lupakan yang lalu. 

Tahniah untuk semua pemenang, termasuklah kawan-kawan baik FB, Afifah dan Nurul Azham. Tahniah! Cumanya aku dok pening ni, camne nak redeem hadiah ni eh? ahahaha... Nak tengok keputusan pemenang? Bolehlah jengah laman ini: 

12 comments:

Lin Azlina said...

oklah jugak menang conso...vote lagi tu...kalo sy dah surrender...tahniah sis

Mama Zharfan said...

congrats wan!! me tak join sbb voting based kan..tapi winners GP semua votes ciput ajer...so eventually, bukan voting based rupanya hehhe ada rezeki tak ke mana kan :) mcm byk jer contest yg tak kuar2 result..sonyap ajo..

SyUhAdA said...

thniah sis..

nUR_rOsALiNdA said...

Tahniah!!! Hehehe~

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wahhhhhhhhhhh tahniah mennag.. gambar ne mmg happy dong..

gewecun said...

wan..

me pun menang gak..tapi nak redeem cam mana ek??..nie kira 1st time menang x tahu procedure dia cam mana..pls guide me..thanks ya

Wansteddy Tales said...

Lin azlina ~ rupanya pemenang bukan base high vote. syukurlah. kalau ikut vote, mmg superb jauh ketinggalan hehe

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ iyalah kak suzi. bnyk cntest xde result. ada yg dah bg result, xbg info cara nk redeem prize. confuse je. cntest mamypoko dorg delay nk bg hadiah kat kita sbb voucher blm siap. smlm wan terima call dr admin mamypoko.

Wansteddy Tales said...

Trimas Syu ^^

Wansteddy Tales said...

Trimas Rosalinda ^^

Wansteddy Tales said...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ memalukan pn iya! ahahhah... tp besh gambr ni. happening masa nk amik tu. beria kitorg ketawa masa scene ni kekeke... sbb tu xleh kontrol muka cun masa berlarian tu!

Wansteddy Tales said...

gewecun ~ Wah! Tahniah! wan pn xpasti. Selalunya kalau cnts FB ni, dorg kontek pemenang melalui FB atau email. jarang melalui call. tp yg ni xde guide pn cmne nk redeem hadiah. xpe, nnt kita dpt info sama2 share ye ;)