Nuffnang

Wednesday, November 16, 2011

Damia dan rama-rama

Sabtu lepas ura-ura bawa Damia berjalan sekitar KL. Masih mencari KL pada hujung minggu walaupun kini sudah berumahtangga di Putrajaya. Ahahaha... Lebih selesa berlepakian hujung minggu di KL sebabnya kat situ semua port dah tau mana mau pigi. Dan akhirnya kami ke KLCC juga... Macam takde tempat lain lagi nak pergi, cezzz... Yang beshnya malam tu lepakian tengok movie dengan 2 tiket wayang free filem TinTin. Dan satu tiket kanak-kanak berbayar untuk Damia. RM9 satu kerusi. Okeylah. Ingatkan tak ramai. Rupanya berderet yang tonton. Siap seat hujung sebelah aku pun ada gak yang nak duduk. Plan nak kongker seat tu sekali, bubuh segala mak nenek hand bagak hahaha... Sebelum nak jalan tu aku nak share kisah Damia dan rama-rama. Ke kupu-kupu? Aku ada masalah nak bezakan dua haiwan cute ni ahahaha...

Cubaan Damia nak 'sergah' rama-rama. Belum pun mencuba, dia lak mencicit lari kena kejar! ekekek...

Inilah rama-ramanya. Beria Damia berlarian bila kena 'kejar' dengan rama-rama ni. Pandai pulak main kejar-kejar tu. Elok Damia mendekat dia 'usik' Damia dengan terbang mendekat. Bila Damia lari pergi, dia stay setempat. Cuteeee... Besh je tengok aksi dorang.

Dah nak gerak ke KLCC. "Bye bye Rama-rama..." Kata Damia.

6 comments:

Sidratul Muntaha said...

wan
lama nak tanya
eklzema damia dah ok belum
lagi satu
kes gduh dgn hajah tu mcmna?!
ke ayu yg lmaa tak jenguk blog wan sbb yg pasan ade jer entry yg winning contest jer

maszmadi said...

erm, tu bukan kupu2 ker, kalu rama2 yang warna warni tu kan..... huhu, kena tgok kamus bergambar kanak2 lah aku nieh.....

sweet damia babay kupu2 tu yerk.. hehe

CaDLyNN said...

comelnye damia :)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

ni rama-rama :) kalo kupu-kupu time dia relax tu, sayap dia jadi kuncup :p lagi satu kupu-kupu aktif waktu malam ja. ingat ms belajar dulu la ;p

BabyIntan said...

Saling usik-mengusik ye rama2 dan damia. Nie mesti sbb si comel pakai skirt tutu yg cute tu :)

Wansteddy Tales said...

Dah lama tak belek ruangan komen. Baru harini nak balas komen ayu haha.. eczema damia xhilang sepenuhnya. kdg2 salah makan, kena alahan, naik juga ruam merah n gatal2 tu. Tp syukur alhamdulillah... jauh berbeza keadaan mia msa sakit n sihat skrg. alhamdulillah... Allah beri peluang utk Damia sembuh dan cergas macam kanak2 lain. Memang itulah doa n harapan wan setiap kali berdoa... Terima kasih pd kawan2 yang turut sama ikhlas mendoakan kesejahteraan kesihatan damia. syukur, doa2 ibu semua dikabulkanNYA. Kes dgn hajah dah lama. Damia skrg dah duduk dgn tadika baru. dekat je dgn opis wan bekerja skrg. blhlah nak pantau dia bila2 masa diperlukan :)