Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, December 14, 2011

Won 1st prize Euky Bear CONTEST!

Alhamdulillah menang tempat pertama pertandingan mewarna Euky Bear. Contest ditaja oleh Euky Bear kerjasama dengan Anakku. Hadiah yang diberikan untuk pemenang tempat pertama ialah voucher Anakku bernilai RM500! Syukur alhamdulillah... 

Bersama En. Jason yang menguruskan tentang penyediaan hadiah. Itu pemenangnya... di dalam pelukan mamanya: Haikal, tengah moody. Anak saudaraku yang berbakat dalam bidang seni. Mama dia kakak aku. So jangan confuse kata aku yang ada dalam gambar ni. Aku tukang ambil gambarnya ya haha... Kebetulan kakak dan keluarga datang ke rumah hujung minggu tu sebab aku buat doa selamat kat rumah baru (Putrajaya). Alang-alang bolehlah ambil hadiahnya sekali. Cumanya waktu ni anak-anak semua dah penat. Baru balik berenang kat Presint 9. Along dah takde mood. So masam je sepanjang sesi bergambar. Mujurlah masih beri kerjasama nak bergambar. Yang over excitednya anak-anak yang lain. Tak tahupun nak bergambar tu sebab Along menang hadiah. Tapi bab bergambar beria bagi kerjasama hehe...

Dah namanya pun perempuan... belum apa-apa (sebelum sesi bergambar) dah nak shopping. Pilih itu ini dengan penuh riang ria haha... Kesimpulannya memang besh haritu. Walaupun agak kepenatan berlarian dari Putrajaya ke Anakku cawangan Selayang. Tapi kemeriahan tu tetap terasa sebab datang dalam kumpulan yang besar. Lebih ramai lebih ceria!

Krim ni macam vicks vaporub. Selesa sangat dan tidak melekit. Sapuan nipis je dah cukup melegakan pernafasan yang tersekat disebabkan kahak dan batuk. Paling berkesan disapu waktu tidur. Kalau kembung perut pun elok gunakan krim ni. Cepat je hilang sebu dan kembung tu. Cubalah sendiri! Terima kasih Euky Bear! Produk berkualiti dan memang besh sangat.


8 comments:

memo hazel. said...

tahniah kak wan. eehe.

Em's Family said...

tahniah tahniah.. wah satu keluarga terror seni ni

Mama Zharfan said...

congrats to ur sister :) she's ur proxy ker heheh besh hadiah tu :)

Wansteddy Tales said...

Trimas Cik memo :D

Wansteddy Tales said...

Em's Family ~ ramai xtahu abah Wan mmg kreatif. Wan pernah tgk lukisan dia sketch masa kerja jd askar dulu. SUPERB! dgn line2 halus, dgn subjek tepat n menarik. wan rasa wan menurun bakat seni dr abah kot :) Tp abah xde lak nk tnjk bakat terpendam dia tu kat anak2. cumanya 1 perkara yg menarik pasal abah. Gaya tulisan dia mmg cantik sngt. Ala2 gaya omputeh menulis. Ada lenggok2 lagi :)

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ hehe... anak sedara wan mmg ada bakat semulajadi dlm seni. dia suka melukis dan mmg menjadi jugak ;) cumanya sbb dia dok kat kampung, ssh sket nk join cnts2 mewarna mcm yg slalu kat KL ni anjurkan. kalau tak.... mesti mcm2 blh menang tu ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

hebatlah keluarga wan...tahniah :)

zahira said...

congratss! menang lagi :)