Nuffnang

Followers

Thursday, December 29, 2011

Won RM5K Cash Extravaganza with Jacker Contest!

Menang tempat keempat Cash Extravaganza with Jacker Contest. Inilah kemenangan yang paling besar sejak aktif bercontest mula dari 2010 lalu. Masih tak percaya menangi hadiah ni, walaupun masih 'berkabung' tapi bila berfikir rasional, rasa syukur tu kembalikan rasa gembira di hati. Terima kasih pada pihak penganjur, Oriental Food Industries   kerana memberi hadiah yang besar lagi bermakna ni. Alhamdulillah...  

Yang paling bermakna dapat kenali pro comper dari Kelantan, Yumie Lufya yang cute dan sangat murah rezeki dengan contest. Rasa macam dah kenal lama. Paling besh, Yumie tak kedekut perturunkan ilmu join contest. Kalau nak tahu, Yumie sangat berbakat dengan contest slogan base. Rasa beruntung dapat timba ilmu slogan dan siggy base dengan beliau. Boleh kata sepanjang masa ambil kesempatan lepak dengan Yumie. Sayangnya tak dapat borak lama lepas event tu. Memasing ada hala tuju. Gambar ini dan beberapa keping lagi ehsan dari Yumie. Kamera aku ketika itu 'hilang'. Huhu... maka tiadalah gambar rasmi dengan kamera. Hanya guna kamera iPhone je.

Bukan selalu dapat peluang bergambar dengan mock check kan... Apa lagi hadiah tu memang khas untuk kita. Dan aku pun dengan muka tebalnya bergambar dengan mock cek ini kekeke... Kalau dapat yang cek RM30K tu tentu sengih sampai ke telinga! hahaa...

Selain aku yang jumpa geng comper. Damia pun jumpa geng sepermainan. Dapat pula kakak yang rajin melayan, Damia pun bergumbira sepanjang majlis berkejar-kejaran dengan kakak ni. Lupa pula nak tanya namanya. Tapi ayah si kakak ni pemenang no.3. Dapat cash RM10K yang cik adik berdua ni dok pegang ni. Damia memang selambaland. Siap nak amik microphone wartawan TV1 lagi yang masa tu dok interview pemenang tempat pertama! Adohai... sabo je la. Kalau tak cerita ni, kang aku lupa lak. So biar Damia tau peelnya kala kecik-kecik bila dah pandai baca entry ni nanti. Hehe...

Check diberi selepas majlis penyampaian mock cek. Terus boleh bank in. Aku perap dulu barang beberapa hari ni untuk memuaskan hati sendiri haha... Ada gak orang dengan peel camni eh...

Goodies bag. Oh ye, lupa nak cerita. Kilang Jacker ni terletak di tengah-tengah kawasan kilang Ayer Keroh.  Besar pulak tu kilangnya.  Aku lewat sampai 15 minit. Sampai saja terus dorang bagi penerangan serba sedikit pasal contest ni. Pastu semua pemenang termasuk ahli keluarga dijemput melawat kilang Jacker. Siap boleh tengok cara buat cek potong dan kentang Jacker. Damia memang suka sangat dengan sessi lawatan ni. Pertama, sebab dapat pakai topi khas (boleh rujuk gambar di atas). Kedua sebab suka tengok mesin-mesin bergerak tu. Lepas sessi melawat tu, barulah pihak penganjur buat pengumuman pemenang sekaligus  penyampaian hadiah dilakukan. Kesimpulannya, memang hari yang menyeronokkan. 

Sekali lagi, terima kasih penganjur  Cash Extravaganza with Jacker Contest  yakni Oriental Food Industries!


16 comments:

Azlina said...

tahniah..tahniah..tahniah..kalaulah sy menang adiah 5k ni alngkah bahagiany...berbaloi2...kak, kais ilmu sikit nk wat siggy contest ni...

AyuArjuna BiGoshh said...

dapat top 4 ni pun dah sangatlah hebat sebab penyertaan tersangatlah ramai...tahniah wan :)

Mama Zharfan said...

congrats wan!! besh menang cash :)

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

tahniah! 5k tu beb!

zahira said...

congrats! bestnya menang cash! :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wan... ila happy sangat utk wan... tahniah tauuuuuuuu..muahhhhhhhhhhhhh

So Shy Lady (SSL) said...

alhamdulillah...wow bestnya! tahniah ye ;D

memo hazel. said...

tahniah kak wan. murah rezeki kak wan. hehehe. share2 kak. :)

CaDLyNN said...

congrats wan! murah rezeki :)

Wan Amira said...

congratulations Wan.. sorry mira macam lambat kasik wish, tau Wan ade menang besar tapi tak sure dari contest maner.. Congrats!! banyak tu RM5k!! Happy for u

eija_sweetmama said...

Tahniah..
btol tu dapat tempat ke empat pun dah cukup hebat tau..dapat pulak RM5k..wow..tumpang happy..ehhehe

Ezna Khalili said...

Banyak RM5,000 tu....Tahniah! memang berbaloi baloi contest.

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

bestnye 5ribu :)

Unknown said...

tahniah wan.. baru tau gak yumie lufya tue pro comper slogan.. patutlah haritue die dapat cash kat mamil gold.

Zuraida Rahim said...

bestnya dapat RM5K.. Nampaknya xde rezeki kali ni.. Kita mintak ilmu dari senior2 compers

Ctnahda said...

congratz.....bole x perturunkan ilmu...hehehe...