Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, January 25, 2012

Drama Bicara Hati

Wah... Dah lamanya tak menulis. Nu di blog studio lagilah, berbulan lamanya tak update. Aku dah hilang passion berblog. Tapi nak share hobi baru aku. Tonton drama melayu! Kalau mak aku tau confirm dia gelakkan aku. Al maklum, aku bukanlah peminat drama. Malas nak follow drama ni bukan apa. Bila termiss satu episod mulalah melongo nak marah sebab tak tau citer yang terlepas tu. Tapi sekarang kan ada youtube, so layan je. Klik tajuk drama yang kita nak, dan walla! Layan la semahu-mahunya cite yang kita nak tengok tu. Siap boleh ulang-ulang lagi babak yang disukai tehehehe....

Semalam aku tengok drama Bicara Hati episod ke-4 rasanya. Drama ni diangkat dari novel terkenal dengan tajuk yang sama nukilan Damya Hanna. Nama pun dekat-dekat nama anak sendiri. Zaman bujang dulu, aku memang kumpul novel-novel melayu. Banyaknya sumbangan abang dan kakak la. Aku tumpang baca je. Yang aku beli dan suka sangat-sangat karya Liyana Afiera Malik. Kisah YoYo kembar suka cari pasal kat sekolah dulu. Masuk usia remaja tua, aku dah suka baca novel romantika pula. Antara kegemaran aku macam Bicara Hati, Ombak Rindu dan lain-lain lagi. Tapi sejak beralih minat pada manga, aku dah tak suka beli novel lagi. Sekarang banyak pula kisah-kisah novel diangkat sebagai drama dan filem. Cerita yang selama ni kita khayalkan dengan imaginasi dapat ditonton secara realistik pula. Memang besh!

Aku puji pelakon-pelakon Bicara Hati. Walaupun aku cuma kenal Marsya AF je, yang lain-lain memang tak kenal langsung. Seperti yang aku kata di atas tadi. Aku memang jarang ikuti drama melayu. Jadi, haram tak kenal pelakon-pelakon muda lagi baru. Tapi pujian untuk watak Tengku Syahran dan Zahlia. Memang berkesan dan masuk watak seperti dalam novel. Suka lak tengok aksi selamba, tegas dan ego Cristina Suzanne Stockstill untuk watak Zahlia. Kalau tengok iklan aku kureng setuju kot sebab muka minah saleh Cris macam tak sesuai untuk watak melayu. Imaginasi aku watak Zahlia ni ala-ala Tiz Zaqyah kot haha... Tapi bila tengok aksi selambaland dia, terus aku rasa setuju. Kira ngamlah Cris dengan watak Zahlia ni. 

Aku malas nak komen panjang, khabarnya sisi drama ni ada 26 episod, sekarang baru 4 episod. Kalau berminat jom la sesama layan drama ni.  
Banyak kali tengok Marsya AF ni jadi watak penggoda, tapi tak pasti pula pernah tak dia pegang watak jahat. Sebenarnya dah lupa jalan cerita Bicara Hati ni. Yang ingat, last-last hero heroin mestilah bersamakan. Tipikal novel melayu. Mestilah happy ending. Cumanya susur jalan cerita aku lupa sesangat. Nampaknya nak kena cari semula novel ni baca dulu spoiler drama ni hehehe....

Zahlia ni anak yatim, membesar kat rumah anak yatim tempat dia bertugas sebagai guru/ustazah. Dia ada kawan baik yang tahu rahsia hidup Zahlia / Shahran ni.
Shahran ni ada kekasih hati yang dah meninggal dunia. Nak tahu lebih lanjut kenalah baca novel atau tunggu drama ni citer pasal isu ni. Aku sendiri dah lupa jalan cerita sebenarnya haha..

Pertama kali bersua. Kemalangan kecil yang pertemukan dorang dan berikan idea kat Shahran buat perjanjian kontrak perkahwinan 2 minggu dengan Zahlia. Kebetulan sebab nak tolong kawan yang sakit, Zahlia terpaksa setuju sebab nak tolong Razif yang sakit kanser. Nak tahu lebih lanjut silalah beli nivel Bicara Hati atau sama-sama kita melongo depan TV jam 9 malam kat Astro Prima. Kot. Aku pun lupa bila n kat mana aku tonton drama ni. Teruk betul. Nak bagi informasi pun kurang tepat! hahahah...


3 comments:

cikceriacorner said...

dulu aku baca buku ni ulang2...ehehhe..tp nak tv xdpt coz uma xde astro...heheh

Wansteddy Tales said...

wan pn layan kat youtube je kak ateq. dah miss bnyk episod ni ahhaha

Mama Zharfan said...

tak de masa...citer last yg me tgk kat tv ialah Tentang Dhia hehe