Salam jumaat. Pagi ni walaupun sibuk mengejar deadline kerja, jam 10am nak kena summit. Tapi hati tergerak nak berblog dulu. Menyampaikan sesuatu yang remeh pada pandangan yang lain. Tapi hal-hal sekecil ini pun sangat besar ertinya.
Kita sedia maklum, horoskop ni bukanlah benda yang boleh dipercayai. Hanya ramalan yang boleh menyebabkan kita terdorong mempercayai benda khurafat. Bagaimanapun, baru semalam aku dapat tahu, memang haram hukumnya membaca horoskop, biarpun hanya untuk suka-suka. Sekali kita baca horoskop bersamaan 40 hari amalan solat kita tidak diterima Allah swt... Astagfirullah... Yang lepas-lepas tu takpelah kalau kita terbuat, sebab kita memang tak tahu hukumnya. Tapi selepas ni kalau boleh elak-elakkanlah membacanya sebab kita dah tahu hukum.
Sejujurnya aku memang suka baca horoskop. Dulu pernah kawan seopis kongsikan tentang nasip aku sepanjang tahun 2011. Aku bakal dapat rezeki yang banyak. Yang itu memang menceriakan hati aku. Dan kebetulan pula aku memang dah mula aktif join contest sebelumnya, bila berpeluang menang macam-macam. Mulah sedikit sebanyak hati ini terhasut percaya perkara karut tu.
Pernah baca buku tentang sikap-sikap individu sagi ni. Suka berkhayal dan suka baca ramalan. Tapi tak ingat pula buku yang mana. Tapi memang iya, aku suka telek-telek ruangan tu. Nak-nak setiap majalah yang aku beli. Tak semuanya ceritakan nasip yang sama. Ada yang hampir sama, ada yang langsung bercanggah. Hati jadi suka bila tengok untung nasip kita bulan tu baik-baik belaka. Kononnya mood kita riang je dalam bulan tu, dapat rezeki berganda dan lain-lain. Tapi bila baca bab sedih ke jatuh sakit ke, peluang rezeki merundum ke hati menidakkan, tapi sedikit sebanyak mempengaruhi hari kita juga. Buat terfikir-fikir. Nak-nak bila sesuatu kejadian tu kebetulan terjadi. Dan mulalah kata, "Owh... betullah cakap horoskop tu..." Kan dah jadi khurafat tu...
Okeylah, aku nak share info yang dikongsikan dalam facebook. Apa pun untuk mendapatkan maklumat terperinci atau kesahihannya, lebih baik kita buat penyelidikan lebih mendalam, tanya pada orang bijak pandai yang tahu berkenaan hukum hakam.
3 comments:
thanx sbb share this information...intan pn kadang2 terbaca juga...huhuhu
me sgt suka baca dulu2...now sbb bz dh tak de masa nak baca...lps ni memang tak mau baca dah lah :)
wan.. thanks for sharing..kekadang ila baca jugak kalau ternampak..tp jarang sbb ila tak penah percaya ..tapi dah tau ne ohhhhh kena tutup mata rapat2
Post a Comment