Nuffnang

Followers

Friday, February 10, 2012

Won Scholl Voucher worth RM200!

Alhamdulillah... menang hadiah voucher Scholl bernilai RM200. Kemenangan ni sempena sertai peraduan dalam Majalah Wanita. Voucher perlu dituntut sebelum atau pada 31 Januari 2012. Syukur sempat redeem voucher ni dengan kasut untuk hubby. Kebetulan pula kasut kerja hubby memang perlu diganti. Kira rezeki terpijak ni ;)

Memang menarik sangat jenama Scholl ni. Rekaannya bukan saja untuk bergaya, sebaliknya dihasilkan dengan ciri penjagaan kaki. Wan dah test kasut perempuan. Walaupun bertumit tinggi, keseimbangan dan bentuknya selesa dipakai.  Rasa besh je pakai. Tapi kena tunggu kasut yang Wan pakai sekarang ni dah haus benarlah. Baru tukar yang baru. Wan memang jenis tak suka beli berpasang-pasang. Ada pun bukan nak pakai, terperuk je sampai lupa nak pakai. Sampai dah lunyai yang sedia ada ni, barulah tergedix tukar kasut baru ehehe...

Apa pun terima kasih pada Majalah Wanita! Hargai sangat-sangat hadiah ni. Sangat berbaloi diredeem khasnya digunakan untuk suami tersayang. Semoga kasut baru hubby ni berbakti lebih lama untuk tuannya. Insya'allah...

4 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

hubby akak merajuk wan...akak beli kasut tak ajak dier...akak lupa akak dah banyak kasut...kasut keje die ada satu jer hehehehehe

Wansteddy Tales said...

hahah... len kali kne ajak hubby kak ayu sekali time nk redeem voucher tu. wan pn ikut hati nkkkk je sambar wedges tu ekeke..

Mama Zharfan said...

congrats wan :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila selalu beli kasut ne kalau ila prgnt hehe