Nuffnang

Monday, February 13, 2012

Hobi Damia MELUKIS

Sekarang ni Damia memang suka melukis. Pantang nampak aku bukak beg kuning aka beg contest. Cepattt je dia mengendeng nak pinjam pen-pen mak nenek aku. Kalau nampak kertas berwarna warni, Damia nak pinjam gunting bergerigi (deko kraf) nak main potong-potong. Dan macam budak-budak lain yang meningkat usia, dinding pun tak terkecuali dari jadi mangsa grafitti dia. Sabar je la... haha...

Kebanyakkan muka 'orang' Damia macam ni. Muka bulat, mata dua titik, mulut sejemput (macam mulut dia hehe) dan 4 garis tangan dan kaki. Puas ajar lukis part badan tu, tapi asyik keciciran je. Tapi okeylah, asalkan ada rupa orang, kan kan...

Pastu aku dapat kesan, dia dah mula suka ikut garisan lukisan kartun kat majalah barbie dia. Sebenarnya lukisan tu kita kena warnakan. Tapi Damia yang kreatif ni buat lakaran pula. Terbaru Damia pantang nampak warna air. Kalau beli sekotak, sekotaklah habis digunakan haritu juga. Macam-macam lukisan Damia buat. Dan bila kita tanya bentuk apa dia lukis tu, ada-ada pulak jawapan dia. Dan kadang-kadang memang nampak logiknya bentuk Damia lukis tu ;) Part besh, tang kombinasi warna. Ceria, comel je aku tengok. Tapi bila semua warna dah bercampur, color asas pun dah tak jumpa. 

Mungkin kat tadika Damia belajar teknik mewarna dengan warna air ni. Lukisan cap tangan, teknik garisan semua dah makin baik. Walaupun aku memang budak art, jarang jugaklah ajar Damia melukis. Selalunya ajar Damia lukis kat iPad dia saja. Sebab boleh save. Sekarang ni kena ajar versi amali pula. Dan yang penting. Kena pesan baik-baik, dinding bukanlah port terbaik nak serlahkan hasil kraf! haha...

7 comments:

CaDLyNN said...

okla tu wan..nnti die boleh ganti wan lukis fido dido kt dinding jugak..hihihih

Wansteddy Tales said...

Wahahah... jgn2... xpasal2 kena cat baru nnt ^^

yantz-yeem said...

dah mak paknya org seni!!! aku pun mengharap 1 hari anak2 aku pun pandai melukis walopun aku x reti nak lukis!!konon nak anto pi class art!!tapi aqil x minat...minta tu lebih cenderuing kat dini...

Wansteddy Tales said...

imagine dinding baru cat dia buat graffiti... sabor je la hahaha

AyuArjuna BiGoshh said...

alehai comey nyer lukiasan dier :)

Wansteddy Tales said...

bnyk lg drawing dia yg besh2 hehe

BabyIntan com said...

Bakat menurun dr mommy dia nie, yg kat dinding tu pon bkn ikut mcm mommy dia tecik2 dulu kan kan kan...hehehe :D

Comel cute je lukisan dia ngan siap ada senyuman lagi tu ;)