Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, April 13, 2012

Hobi Mia terbaru. Layan Youtube dengan iPad2.

"Mummy nak makan apa...?" Sambil mata cepet dengan bola mata hitam penuh bersinar-sinar tengok muka aku. Kedua tangannya diletakkan kat dagu. Siap melenggokkan kepala ala-ala waitress nak ambil order. Tengah serius hadap kerja kat komputer rumah semalam, dek terlihatkan peel Damia tu terus tercetus ketawa besar! Ai ai ai... Memang lawaklah cik Mia ni... Dialah penawar suka dan duka.

Biasa cerita pasal hadiah je. Harini nak kongsikan tentang kisah Damia yang terkini pula. Hobi baru Mia sekarang tonton youtube masak-masak, mainan playdoh, barbie, princess disney, baby belajar berenang dan lain-lain lagi. Kalau iPad2 dia dah kering bateri, pandai pula demand mintak di'caskan. Yang harunya, sampai waktu nak tidur pun nak hadap jugak iPad! Semalam sampai kena marahlah, barulah tersengguk-sengguk nak tidur. Sian Mia...

Cuma yang kelakarnya bile tengok peel Damia. Suka tiru cara orang berinteraksi. Kebanyakkannya video yang main masak-masak. Suka betul dia ajuk semula. Balik kampung haritu solat berjemaah dengan sepupunya Isya dan Mama Ngah. Seronok betul Mia bila dapat hadiah telekung baru dari Mama Ngah. Dulu Mia pernah dapat telekung dari neneknya. 

Aliya Damia, dialah penawar suka dan duka hidup kami sekeluarga :)

5 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

HAI DAMIA.. JOM MAIN SAMA2 KAT ALAMANDA -KATA SI AMANA

Em's Family said...

bile damia pakai tudung mcm tu mcm muke wan

gewecun said...

comelllllll...:-)

Wansteddy Tales said...

Bilalah kita nk jumpa ni Ila :D rindu nk borak2 dgn ila

Wansteddy Tales said...

hahah... yeke mira, kdg2 ble tgk picca wan masa kecik2 dlu terus teringat kat damia. eh! mini mia ni hehee