Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, April 30, 2012

Won Contest Chantek Media Hiburan!

Alhamdulillah... menang tempat keempat peraduan Chantek Media Hiburan. Hadiah yang Wan terima, sebuah iPod Nano 8GB! Inilah pertama kali menang iPod Nano. Dan baru tahu rupanya macam mana. Biasa tu tengok dalam internet saja. Alhamdulillah... kini telah selamat jadi hak milik sendiri. Memang besh sangat iPod Nano ni.

Peraduan ni kena lengkapkan slogan berikut; Filem  CHANTEK mesti saya tonton kerana... Wan tulis saja pendapat sendiri. Tak sangka sangkut hadiah lumayan ni. Syukur pada Tuhan... Terima kasih pada Media Hiburan selaku penaja bersama.