Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, April 26, 2012

Basikal senaman Aibi hadiah dari Cosmoderm!

Wan berhutang entry cerita pasal hadiah Cosmoderm lepas kan. Memang dah buat entrynya. Boleh baca dalam entry bertajuk: Shopping Spree with Cosmoderm! Won 1st prize peraduan Sunny Shopaholic! Tinggal sebuah lagi hadiah belum cerita sebab apakah gerangan bendanyanya. Sebab hadiah tu tak boleh ambil waktu beli tu juga. Dorang hantar ke rumah. 

Tadaaa.. sebuah basikal senaman berjenama Aibi. Kaler PINK lagi you... My fav! Gigih tanya kat salesman tu, ada kaler pink tak (macam display). Bila dia kata stok masih ada. Joget-joget terus setuju nak beli. Tak pikir 2 kali dah! Sebab basikal senaman ni memang salah satu wish list mesti beli. Akhirnya... termakbul juga cita-cita nak guna basikal senam sendiri.

Owh, pancit hakak... Sehari target dapatkan 2-3km. Tapi nampaknya seminggu 3 kali jadinya ahahha... Macam biasa, "hakak bzzzz...." Tapi tiap kali merempit, terus pulas ke berat terberat. Sebab tu lepas kayuh, peluh berkobar-kobar keluar. Biar keluar habis segala toksin dalam badan.  Dengan basikal ni boleh ukur jarak kayuhan, degup jantung, masa, dan lain-lain lagi. Sangat sistematik. Memula dulu target nak beli Osim uKimono. Tapi bila dengarkan testimoni dari kawan dan hasil bacaan di forum-forum, Wan rasa pilihan tepat ialah beli basikal ni. Selain dapat menguruskan badan secara alami, kita dapat bersenam. Tidaklah duduk saja dan mengharapkan terus kurus. Macam biasa dibuat sebelum ni. Janji nak bersenam, mulut mengunyah chicken chop. Kepala dok kata... "Esoklah!" Begitulah hari-hari yang berlalu seterusnya.... 

Target wan nak kecikkan tang peha yang yang kian setambun ni. Arghhh.... "Jangan sangkut dalam almari baju ya, Wan" bagai terdengar-dengar pesanan dari Puan Mawarni ketika majlis penyampaian hadiah tempohari. Hahaha... Insya'allah... Semoga tekad bersenam ini berterusan sampai bila-bila.Amin...

10 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

hadiah best ni untuk kesihatan sepanjang hayat...

gewecun said...

saya suka pink..hihihi..nway..tahniah :-)

Ema said...

comey jer pink

Mama Zharfan said...

beshnya :)

yumielufya said...

nmpk gayanya lepas ni makin kurus la kak Wan kita..

yumielufya said...

nmpk gayanya lepas ni makin kurus la kak Wan kita..

yumielufya said...

nmpk gayanya lepas ni makin kurus la kak Wan kita..

Em's Family said...

best best.. lagi best sebab dapat free.. :D.. anyway, kalau nak buang selulit, mira ade tu menang dari BioEssence nak jual hehehe

MRS. K said...

Ai ada beli treadmiLl n alat kempis perut kt aibi ni. Tp treadmill tu da jual sbb x guna pon. Semangat beli tp gunanya sbulan huhu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lepas nie adalah org blh jadi model haha