Nuffnang

Monday, April 23, 2012

Won Grand Prize Marigold Fair Contest!

Alhamdulillah.. Wan menang hadiah Grand Prize untuk Marigold Fair Contest anjuran bersama Marigold dan Pasaraya Hero. Wan dapat sebuah TV LCD 40" berjenama Toshiba. Syukur alhamdulillah... Berkat rezeki di bulan April. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada jam 11 pagi, sabtu lepas di Pasaraya Hero Puchong. Syukur majlis berjalan lancar.

Pemenang kedua menerima sebuah iPhone4.Tempat ketiga menerima sebuah digital kamera, manakala pemenang saguhati mendapat voucher pasaraya HERO bernilai RM200.

Gambar pemenang bersama keluarga dan penaja peraduan.

 
Hadiah yang bakal diberikan kepada semua pemenang.

Sempat berkenalan dengan comper Kak Ellia dan anak bongsunya Zaim. Kat sini ramai pro comper sebenarnya. Tapi Wan tak berapa cam. Brader yang duduk di sebelah kiri sekali, banyak kali menang siggy contest. Antara pemenang contest Amazing Wins 7 Eleven lepas. Dapat TV LCD 55" lagi! Waaa.... Memang hebat-hebat belaka kalau nak borak pasal contest tak habis hehe...

Minggu kedua berjalan awal pagi. Damia masih monyok tak cukup tidur. Syukurlah tak buat peel. Malah happy mood jugaklah jumpa kawan baru :)

Goodies yang diberikan kepada setiap pemenang. Jus Marigold yang perisa epal tu memang sedap sangat. Rasanya tidaklah terlalu manis atau masam. Memang sedap!

Inilah borang penyertaannya. Ingatkan dah habis langsung simpanan borang contest ni. Punggah-punggah borang lama, terselit satu. Bolehlah tengok dan ingatkan semula contest yang mana satu Wan join ni.
Ironinya, surat rasmi menang peraduan ni diterima pada hari  majlis penyampaian hadiah! Sepatutnya surat ni sampai dalam tempoh seminggu sebab pemenang kena bawa surat bukti. Bila surat tak sampai, admin kena fax sahaja surat hadiah. Syukurlah segalanya berjalan lancar dan TV LCD tu pun dah selamat diterima.  Ini TV LCD kedua Wan terima tahun ni. Dan TV ketiga Wan menang sepanjang sertai contest. Syukur alhamdulillah...

11 comments:

Mrs. Hilmy said...

congrats wan..bukan best, sangattttttt best...

Ruby Nath said...

congrats wan! rezeki tv melimpah! :) happy for u

AyuArjuna BiGoshh said...

tahniah wan :)

Miss Sunshine Kelly said...

congrats wan :)

Mama Zharfan said...

congrats wan!!

~farah~ said...

bestnya menang hadiah! congrats :)
btw, ni link blog baru. yg lama dh delete :)http://myextralovelylife.blogspot.com/

Em's Family said...

congrats Wan, hadiah TV ni antara hadiah yang mira teringin sangat.. Congrats again

juelee said...

tahniah kak!!!

gewecun said...

wooo weeee....tahniah wan..:-)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bestnyerrrrrrrrrrrrrrrr

Wansteddy Tales said...

Terima kasih berbanyak kengkawan. Alhamdulillah... mudah2an Tuhan berikan rezeki yang banyak dan berpanjangan buat kita2 sekeluarga, amin...