Nuffnang

Followers

Friday, May 4, 2012

Heart DeLights finalists!


Selasa lepas, Hari Buruh (1 Mei), kami ke 1Utama sebab Wan kena join event yang dianjurkan oleh Ogawa. Slogan Wan termasuk dalam 20 finalist sempena Ogawa Heart DeLights Campaign. Nak join contest ni kena buat slogan. Khabarnya sambutan menggalakkan sempena kempen ni meraih lebih dari 1000 mesej! Maka 2 buah kerusi urut akan disumbangkan untuk kebajikan.

 
Jack Lim popular Radio/TV personality sebagai duta produk Ogawa.  Beliau sedang beramah mesra dengan ibu peserta. Miss yang duduk di belakang Jack Lim tu salah seorang pemenang utama dari 3 pemenang. 7 yang lain dapat hadiah saguhati.

Maisarah, Kevin dan Falihin. Antara top 10 finalist. Sempat berborak dengan dorang. Kalau Maisarah bawa ibu bersama kat event tu ada kemungkinan besar dapat extra point macam 2 peserta lain. Masing-masing bawa ibu ke majlis.
  
Bersama Maisarah dan Falihin. Cute-cute je adik-adik ni. Rasa diriku sudah terlalu tua untuk sertai contest sebegini kekeke...  Walaupun cuma dapat hadiah saguhati, Wan rasa pengalaman join event camni sangat berharga. Sekurang-kurangnya Wan dah tahu, kalau nak join event camni, DIWAJIBKAN bawa 1 bas ke majlis. Tolong jadi rakan sorak untuk kita. Sebab apa, kemenangan ditentukan berdasarkan tepukan gemuruh dari para penonton. Bagi peserta melayu bertiga macam kami, agak malanglah sikit. Sebab memang takde penonton melayu langsung kat sana. Ada pun yang lalu lalang saja. Mustahil la dorang nak supot kitorang kan hahah... Adalah juga penonton yang terpukkan untuk kami, tapi semestinya tidak segamat peserta lain. Siap ada ketua tukang sorak lagi. Tiap kali ahli keluarga atau kawan dorang punya giliran, siap bagi isyarat minta tepuk kuat-kuat. Wan suka tengok semangat setiakawan dorang. Riuh rendah dengan sokongan yang kuat. Jadi bila pemilihan ditentukan atas bunyi tepukan gamat... Faham-faham sajalah. Apa pun, Wan enjoy event haritu. Dan lagi, diri ini tak mampu membendung air mata. Ingatkan dah cukup kuat. Dah tekad tak nak nangis. Belum pun suku cerita, hakak dah sentap. Teringat kat mak buatkan hati dirundung syahdu. Apatah lagi Wan ceritakan kisah sedih pula. Wan tak fikir penonton faham apa yang Wan cerita. Sama ada sebab Wan guna bahasa melayu, nak speaking hakak gagap dek... hahaha... Ataupun sebab cerita Wan asyiklah berselang dengan sedu sedan. Apa la.... Tak macho langsung! hahahha...

 
Inilah hadiahnya. 7 peserta lain menerima Head Massager. Memang baguslah guna kat kepala. Hilang stress gitu. Terima kasih Ogawa! Terharu atas sokongan kuat dari pihak penganjur. Layanan mesra dari setiap staf sepanjang majlis berlangsung. Semoga usaha murni membuat amal kebajikan ini diteruskan dan memantapkan lagi nama Ogawa!

5 comments:

shidasyakirin said...

kena bagi speech depan orang ramai ke? dia suruh cerita pasal apa ye wan? QnA session tu dia suruh buat apa.. aduh berdebar nie sebab esok saya pun terpilih gak as finalist..ada tips tak..sori banyak lah soalan..hehehe

Eliss said...

wah syoknya dpt hadiah dr ogawa :)

Wansteddy Tales said...

Owh! tahniah shida! Wan dah bg tips dlm entry ni. tp utk reminder wan share kat sini;

1) kalau boleh bawalah mak sama: bila kita wish, mak kita nmpk terharu dgn ucapan kita, point kat situ dah tgi. penonton suka :)

2) sebaiknya bawa ramai penyokong. kawan2 keluarga yg tolong tepuk n sorak utk kita. sebab pemenang dipilih berdasarkan tepukan gemuruh penonton. tips utama ya.

3) Q&A dia xde susah pn. dia tanya apa pengorbananan mak kita. apa jasa n hadiah paling besh kita pernah bg kat mak.

4) masa bercerita tu eloklah kongsikan sumbangan/penghargaan mak kita. dpt mode sentimental lebih baik.

wan nangis, so cerita pn asyik berselang air mata hehe...

wan doakan shida menang GP! dapat bantal urut merah tu. hot!

Wansteddy Tales said...

Eliss Mie thanx dear, hadiah kici2 je :D pengalaman yg penting tu :D

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

isk rugi tak dapat sokong wan..