Nuffnang

Followers

Friday, June 22, 2012

Kisah contest belum berakhir

Rasa lebih lapang dada bila kurang cerita hal hadiah ni. Entahkan kenapa. Wan rasa ada betulnya kata-kata mak dulu. Bukanlah faktor kita nak berahsia menang apa hadiah apa. Tapi bila tidak bercerita rasa lebih selesa. Rasa tak terbeban dengan persepsi pembaca. Mungkin itulah kebenarannya. Tapi sebelah sisi lagi rasa tak sedap hati. Sebab kenangan kemenangan tu bukan datang selalu. Dan tujuan diblogkan pun bukanlah sebab nak menunjuk apa yang kita dapat dan sebagainya. Hanya sekadar nak titipkan sedikit kenangan...

Sekurang-kurangnya dengan cerita-cerita tentang hadiah ni dapat menarik minat kawan-kawan blog mencuba nasip dengan contest yang ada. Ramai yang bertanya melalui sms, email dan facebook. Untuk pengetahuan kalian, Wan ni masih di tahap newbie (orang baru) dalam dunia contest. Masih banyak yang Wan perlu pelajari. Tapi tak salah nak berkongsi serba sedikit tips yang Wan ada. Ilmu jika berkongsi akan lebih bermakna dan memberi manfaat. Bukan saja pada yang bertanya, bahkan pada diri sendiri juga. Terima kasih pada yang bertanya dan yang sudi memberikan pandangan serta tambahan tips sebagai rujukan. Hargai sangat kerjasama dari rakan-rakan semua :)

Baru-baru Wan terima beberapa kejutan yang sangat menggembirakan. Walaupun mungkin bagi yang dah biasa menang besar, hadiah yang bakal Wan terima tu tidaklah seberapa. Namun pada Wan sangatlah bermakna. Pertama, kerana hasil cuba nasip sendiri. Keduanya, walau sebesar mana atau sekecil apa pun nilainya, hadiah tetap hadiah. Istilah menang tu yang lebih bermakna. Syukur alhamdulillah...

Antara hadiah yang bakal Wan menangi adalah gadget elektronik, jersi, barang elektrik, barang kemas, perhiasan diri dan produk-produk penjagaan muka, voucher spa, plush toy, beberapa minyak wangi berjenama, tiket wayang, produk rambut serta badan. Alhamdulillah... Jom tengok result Giveaway Marie Claire Malaysia.

Memang Wan masuk giveaway ni atas suka-suka je, sebab kalau pilihan pemenang melalui komputer memang sangatlah rambangnya. Wan join atas nama sendiri dan proxy. Tak sangka sangkut 2 hadiah! Benar-benar pure luck.... Syukur alhamdulillah...

9 comments:

MayaYunus said...

klu ko rasa muak nak menang adiah² tu, ko bg je kat aku,,he²,,,

Wansteddy Tales said...

nak menangnya pn kemain payah chek maya... haha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

jangan peduli apa org cakap. sebelum org tue cakap selidik dulu "adakah dia berusaha sekuat wan?"

ila selalu suka tgok kawan2 menang hantta diri sendiri tak menang sangat haha

AyuArjuna BiGoshh said...

janji kita happy wan :)

juanita said...

sbb saya baca blog kamu la saya jadi semangat nak join contest tauu..biar la apa depa nak kata.....

Mama Zharfan said...

congrats wan :) :)

Wan Amira said...

congrats Wan.. mira ok je bace hadiah2 wan, naik semangat ;)

Ummi Rayyan & Rayees said...

Tahniah Wan,

Su selalu jer ternanti2 entry contest yg wan menang..
selalu jer terinspirasi..

Wansteddy Tales said...

terima kasih atas sokongan kawan2 ^^