Nuffnang

Wednesday, June 13, 2012

koh koh koh...

Masuk petang je mesti badan naik dedar-dedar. Hingus bermaharajalela. Kahak bertakung buat rasa tak selesa. Kepala panas, mujurlah belum lagi pening kepala tahap kronik. Biasanya akan jadi ke tahap itu. Tapi gamaknya belum teruk lagi ni. Inilah sintom demam selsema.... Jadi malas nak buat segala benda. Asyik terbatuk-batuk dan mengesat hingusan huhu...

Rasa berat kepala, menjelang malam je terlebihlah beratnya mataku, rasa nak tidur je. Sebenarnya nak menulis ni pun macam tak gunakan 80% lagi tumpuan. Tak fokus pun. Kalau dibiar boleh melalut-lalut bebelan aku ini. Ok la, nak rehat dulu...

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mkn ubat tau .. rehat ckup2..