Nuffnang

Followers

Monday, June 11, 2012

Madagascar 3 the BESH!!!

 
Tak rugi luangkan cash untuk movie ni. Seyes! Rasanya bukan budak-budak je suka, mak bapak pun ikut teruja. Mulanya Wan rasa cam "ala... movie sequel, dah ada kartun kat TV pula, mesti banyak klise. Mesti babak boring je sama macam dalam TV atau movie-movie lepas." Tapi... tidak sama sekali! Jalan cerita memang superb! Banyak kelainan dan banyak babak kelakar yang buatkan kita tak henti-henti ketawa. Dari watak baik ke watak antagonis, semuanya besh!

Wan kasi spoiler sket bagi inti jalan citer. Kalau tak suka spoiler, sila jangan teruskan bacaan haha... Cerita bermula bila Alex the lion dah boring tinggal kat Afrika. Dia tekad nak balik semula ke Zoo di New York. Tapi dorang berempat kena tipu dengan kroni Penguin. Kononnya nak dapatkan bantuan, tapi sebenarnya dorang giat berjudi di... tak ingat pula kat mana.
Bila Alex and the gang nak buat tuntut janji, dorang secara tak sengaja memecah masuk kasino yang mendedahkan kemunculan dorang kat penangkap haiwan paling handal di dunia, Captain Chantel DuBois! Minat ni sangat taksub kat kepala haiwan, dan dah ada target nak jadikan kepala singa sebagai bahan koleksi terbaru. So bermulalah adegan kejar mengejar yang bagi tension kat 4 sekawan termasuklah kroni penguin dan monyet-monyet sekalian.

Nak selamatkan diri dorang terpaksa tipu dan join kumpulan sarkas. Misi dorang nak melarikan diri dari Captain Chantel DuBois dan terus bawak kumpulan sarkas ni ke pertunjukan sarkas seterusnya di New York. Duduk dalam kumpulan ni dorang belajar cara nak naikkan semula kumpulan sarkas ni yang dah makin merudum dan hilang peminat. Alex yang jadi ketua buat banyak perubahan drastik kat sarkas.

Marty dengan idea costume badutnya!

Banyak adegan besh dalam filem ni yang buatkan kita balik dan teringat-ingat. Scene paling Wan suka tentunya bila Mort haiwan kecil dan nakal tu buat suara seram dalam bilik Sonya. Sonya ni bear bear ganas pakai tutu yang terer merempit, aka buah hati terbaru Prince Julien! Scene perkenalan yang kelakar gila tu, tahap ketidaklogikkan yang tak masuk akal! hahaha... Giler ketawa tengok Prince Julien luahkan perasaan. Mata shining-shining woh!

Kesimpulannya Madagascar 3 memang BESH! Siapa belum tengok silakan jengah pawagam terdekat. Kalau dapat tiket free tak pikir dua kali nak tonton lagi!

No comments: