Sempena Kenduri Rakyat 1Malaysia ni Wan nak buat jualan lelong. Antara barang yang akan dijual, produk penjagaan muka, perfume, alat make up, sabun dan lain-lain lagi. Yep, kebanyakkannya hadiah yang Wan menang dulu. Memang ada yang tak pakai, Wan lepaskan je kat keluarga, kawan-kawan. Tapi ada juga stok barang yang memang dorang pun tak berminat. Rasanya eloklah Wan jual je murah-murah. Manatau kot ada yang berminat. Kawan-kawan yang tinggal area Putrajaya, jomlah singgah gerai jualan Wan yeh. Berikut maklumat lanjut tentang Kenduri Rakyat 1Malaysia ni.
Tarikh: 7 Julai 2012 (SABTU ni)
Masa: 7 pagi hingga 5 petang
Tempat: Padang permainan 5R6, Presint 5, Putrajaya.
Lokasi apartment ni berdekatan dengan PICC, Putrajaya dan sekolah baru yang belum dibuka. Bangunan kaler hijau, kelabu. Antara program yang akan dijayakan di Kenduri Rakyat 1Malaysia ialah, sukaneka kanak-kanak, karaoke, gotong royong memasak, gerai jualan, pameran, pemeriksaan kesihatan dan CABUTAN BERTUAH. Jom singgah!
3 comments:
ala ruginya x dpt dtg tgh berpantang
ala ruginya x dpt dtg tgh berpantang
kalau dekat..gewe dah g terjah dah..:-)
Post a Comment