Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, July 12, 2012

Won 2nd Prize Clear Men 'Win Yourself A Trip to Poland' SMS Contest

 
Rasanya dah lama menyepi dari kisah menang contest kan... Malas nak update. Adalah sebabnya :P Harini nak share info pasal menang Clear Men 'Win Yourself A Trip to Poland' SMS Contest. Alhamdulillah... Wan menang hadiah tempat kedua.Dah lama terima hadiah ni. Sekitar hujung Jun lepas. Nak tunggu senarai pemenang punya pasal Wan tunggulah dulu. Tapi sampai sekarang belum keluar full result lagi. Apa pun tahniah juga pada pemenang-pemenang lain!

GP menang pakej pelancongan ke Poland untuk 2 orang. Tujuannya untuk tengok Euro 2012! Sebab Wan tak minat bola, takde rasa ralat pun tak dapat haha...Pemenang pertama dapat sebijik bola sepak Adidas Tang. 100 pemenang tempat kedua menerima jersi Adidas original bernilai RM260! Dan pemenang saguhati mendapat beg kasut berjenama Adidas. 
 
Untuk sekali sms dapat barang worth RM200 lebih... Sangat berbaloi-baloi :)

1 comment:

Mama Zharfan said...

congrats wan!! berbaloi2 tu :)