Nuffnang

Followers

Friday, July 13, 2012

Won 2nd Prize Gatorade Kira & Menang Contest

Tahniah! Kami ingin mengumumkan bahawa anda adalah salah seorang pemenang yang bertuah dalam "Peraduan Gatorade Kira & Menang" yang berlangsung dari 1 November hingga 30 November 2011. Anda merupakan pemenang Hadiah Utama dan telah memenangi RAKET, TUNAI RM500.

Demikian yang terkandung dalam surat tuntutan hadiah. Difahamkan Wan menang hadiah tempat kedua sebenarnya. Tapi tersenarai dalam kumpulan hadiah utama. Syukur alhamdulillah... Tahniah kat kawan contest lain yang turut sama menangi hadiah dari contest ni. Yus Eda, menang GP dengan cash sebanyak RM1K! Dan Dyat menang hadiah tempat ketiga rasanya, cash RM300!

Hadiah ni dah lama dalam simpanan. Sekitar bulan Mac 2012 lagi dah terima. Tapi asyik lupa saja nak update. Hadiah yang diberikan ialah sebuah raket istimewa dengan tandatangan Datuk Nicol David. Dapat cek Maybank dengan cash sebanyak RM500, tapi tak ambil pula gambar cek tu. Masa ambil hadiah ada tambahan hadiah lagi diberikan. Sebuah beg kasut Gatorade dan limited edition Gatorade tumbler.

Limited edition Gatorade thumbler

Limited edition Gatorade sport bag

Raket squash. Yang bagi value raket ni mahal sebab ditandatangani pemain squash negara, Datuk Nivol Ann David! Masih dalam simpanan. Rasa tak sanggup nak jual walaupun letak harga yang mahal :) Terima kasih kepada penganjur contest, Gatorade Malaysia. Memang beshhhh!

3 comments:

Mama Zharfan said...

beshnya!! congrats!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

cash yg best...

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan & BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ alhamdulillah... citer lapuk, baru nk story dlm blog hehe